25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Boleh Setiap Minggu Saya Nak Datang Malaysia’ – Bilal Indrajaya

    Shopee Sale



    Penyanyi dan komposer Indonesia, Bilal Indrajaya mengakui tidak menyangka kehadirannya di Malaysia diterima baik oleh para peminat.

    Bilal terharu tengok sokongan peminat Malaysia

    Ketika ditemui , Bilal atau nama lengkapnya Bilal Ahmad Indrajaya meluahkan rasa syukur dan terharu dengan kehadiran peminat di Konsert Nyala Fest yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Menurut Bilal, meskipun ini baru kali kedua dia membuat persembahan di pentas Malaysia tetapi sambutan yang diterima sangat menggalakkan selain menyifatkan peminat di Malaysia sangat ‘happening’.

    Ini adalah kali kedua saya buat persembahan di Malaysia tapi untuk melawat sudah beberapa kali. Kali pertama saya buat persembahan di Malaysia adalah tahun lepas pada bulan Disember.

    Buat persembahan di pentas besar di Malaysia sangat seronok. Saya tak gementar tapi semangatnya sangat membakar dan excited.

    Bilal berkata demikian ketika ditemui di Konsert Nyala Fest yang berlangsung di Stadium Hoko Bukit Jalil, pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Almy Nadia Seronok Makan ‘Shell-Out’, Netizen Prihatin Fasal Kesihatan Diri – ‘Anak-Anak Masih Kecil’

    ‘Saya sangat suka di Malaysia..’

    Dalam pada itu, Bilal menyifatkan penonton di Malaysia sangat menghargai semua pemuzik dan penyanyi yang membuat persembahan di pentas dan itu secara tidak langsung menyunting semangat buat mereka untuk terus berkarya.

    Kalau boleh setiap minggu saya nak datang Malaysia. Saya sangat suka di Malaysia. Penonton di sini sangat menghargai pemuzik.

    Apabila ditanya mengenai cadangannya untuk mengadakan konsert solo di Malaysia, pelantun lagu Niscaya ini mengakui itu merupakan salah satu harapannya sebagai penyanyi namun menyerahkan segalanya kepada rezeki.

    Saya pun teringin untuk buat konsert di Malaysia sebab dalam masa yang sama, saya sedang lengkapkan album. InsyaAllah nanti saya akan buat tour album ke Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah