
Pelakon dan penyanyi Diana Danielle mempertahankan dirinya apabila warganet meminta dia untuk mencari lelaki berstatus tinggi.
Tak perlu lelaki kaya
Serving @Doublewoot Fashion for @MeleTOP #RajaDusta #bencibencibenci @UMUSIC MY
? original sound – Diana Danielle – Diana Danielle
Menerusi ruangan komen pada hantaran di TikTok, seorang individu mencadangkan Diana untuk bersama dengan lelaki kaya demi menjamin kesenangannya.
Nak cari duit, tangkap lelaki kaya.
Tidak berdiam diri, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson kemudian menegaskan bahawa dia boleh berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan kekayaan daripada mana-mana lelaki.
Nak cari duit, kerja. Kalau aku nak tangkap lelaki kaya dah lama dah dik.
Sekarang yang kaya aku ni.
Lelaki pun ramai je yang bergantung dekat perempuan.
Sokongan netizen

Dalam masa yang sama, rata-rata warganet menyokong kenyataan pelantun lagu Raja Dusta itu dan menasihatinya untuk tidak menghiraukan komen negatif tersebut.
Tak perlu layan komen-komen macam ini. Fokus sahaja untuk terus hidup, dah tahu mana baik dan buruk.
Betul tu, jangan layan mulut jahat macam ini.
Sangat setuju, yang berlaki pun banyak isteri yang kena tanggung dan semua kena bayar kongsi-kongsi.
Bukan semua orang nak harapkan kekayaan orang untuk menumpang, zaman sekarang ramai wanita yang bekerjaya.
Kalau dah jodoh dia lelaki kaya pun apa salahnya, Allah sudah tetapkan.
Sekadar info, Diana dan aktor, Farid Kamil sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.
Imbas kembali, Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun.





