33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caprice Cadang Ellie Suriaty, Imran Bard Berjumpa & Selesai Cara Baik – ‘Saya Rasa Dia Tak Ada Niat Jahat’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial, Caprice memberi pendapat berhubung isu permohonan maaf yang dituntut pelakon, Ellie Suriaty terhadap ibu bapa pempengaruh, Imran Bard.

    Imran sudah dewasa

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuat naik pautan artikel berkenaan Ellie yang tetap mahu bertemu ibu Imran meskipun wanita itu sedang berada di hospital.

    Menurut Caprice, tiada keperluan berbuat demikian berikutan Imran sendiri sudah cukup dewasa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Imran seorang dewasa, tidak perlu untuk mengheret ibu bapanya sekali.

    Mak dia tu dalam hospital, tolonglah matang sedikit.

    Cadangan Caprice

    Dalam satu hantaran berasingan, personaliti media sosial berusia 37 tahun itu mencadangkan agar mereka mencari jalan damai dengan bersua muka.

    Awak berdua berjumpa bertentang mata dan selesaikanlah secara baik. Bulan puasa sudah dekat.

    Selain itu, Caprice juga yakin Imran tidak berniat untuk menjejaskan reputasi Ellie sebagai seorang aktres berpengalaman.

    Orang seni lama, orang seni baru.

    Saya faham komedi seperti itu sebab saya adalah peminat Kat Williams dan Kevin Hart. Dekat sana lagi teruk mereka ‘bahan’ orang lain untuk buat jenaka.

    Saya rasa Imran tak ada niat jahat, dia seorang yang berbakat. Mungkin perlukan bimbingan, insya-Allah boleh improve.

    Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran pada petang Khamis.

    MENARIK:  Tom dan Fuad Bahagia Sambut Kedatangan Anak Perempuan Mereka - 'Selamat Datang ke Dunia, Anggun'

    Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.

    Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah