32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengacara, Alif Satar menafikan penglibatannya sebagai duta bagi mana-mana jenama jam pintar.

    Artikel Berkaitan: Alif Satar Kongsi Kisah Penyewa Dari Syurga – ‘Ada Satu Bulan, Dia Transfer Lebih Padahal Saya Tak Minta Pun’

    Artikel Berkaitan: Alif Satar Mahu Tayang Semula Temu Bual Dengan Banduan Untuk Kesedaran – ‘Berjalan Masuk Ke Penjara Pengalaman Paling Menakutkan’

    Ai semakin tidak terkawal

    Menerusi satu hantaran di Threads, Alif Satar atau nama penuhnya Muhammad Aliff Mohd Satar, 36, menggesa orang ramai agar tidak terpedaya dengan video iklan menggunakan teknologi (AI) yang memaparkan dirinya seolah-olah mempromosikan produk berkenaan.

    MENARIK:  Petra Lebaran 2026 Angkat Warisan Nusantara Dengan Pendekatan Moden

    Kata Alif, dia tidak menjadi duta bagi mana-mana jenama jam pintar buat masa ini.

    Kalau ada video yang muncul sebagai iklan memaparkan saya menjual atau mempromosikan jam tangan pintar (smart watch), itu adalah video palsu yang dijana oleh AI.

    Jangan mudah terpedaya.

    Saya bukan duta bagi mana-mana jenama jam tangan pintar buat masa ini.

    Video AI sekarang semakin tidak terkawal.

    Sumber: Threads Alif Satar

    The post ‘Kalau Ada Iklan Saya Jual Smart Watch, Itu Adalah Video AI’ – Alif Satar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah