24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jurusolek Jumpa Azar Azmi Secara Kebetulan, Hampir Menangis Dengar Kisah Hidup – ‘Dia Cerita Kenapa Hilangkan Diri’

    Shopee Sale



    Azar Azmi

    Seorang jurusolek yang dikenali sebagai Elle Rahman berkongsi momen pertemuannya dengan pelakon Azar Azmi secara kebetulan selepas sekian lama tidak berjumpa.

    ‘Lamanya hilang’

    Azar Azmi

    Mengakui teruja apabila berjumpa, Elle memberitahu, mereka bertemu di sebuah lokasi ketika dia sedang bercuti.

    Malah, menurutnya, mereka sempat bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing sehingga hampir mengalirkan air mata.

    Masa saya tengah bercuti, tengah kopi-kopi kat swimming pool. Ada manusia pelik dari belakang. Eh siapa ni. Lama nak cam dia. Menjerit saya rupa-rupanya Azar Azmi.

    Lamanya dia menghilang. Kita pegang tangan sama-sama, menceritakan kisah hidup masing-masing. Dia cerita kenapa dia hilangkan diri. Hampir kita orang menangis.

    Terima kasih Azar cerita semua dekat saya. Awak percayakan saya. Rindunya. Kat KL tak jumpa, jauhnya kita terjumpa. Janji, sahabat selamanya.

    Elle berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok berserta sekeping gambar swafoto mereka.

    MENARIK:  ‘No Wedding, Tak Ada Kahwin..Jangan Kacau Saya’ – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

    Gosip tak benar

    Azar Azmi

    Sementara itu, menerusi satu perkongsian lain pada entri sama, Elle turut mendedahkan Azar ada berkongsi punca sebenar apa yang terjadi selama aktres itu menghilangkan diri dari industri seni.

    Malah, Elle turut menegaskan segala dakwaan atau khabar angin mengenai aktres itu adalah tidak benar.

    Dia meluahkan apa yang terjadi selama dia menghilangkan diri. Buat peminat-peminat Azar, jangan risau, dia sihat. Fasal gosip-gosip tentang dia, semuanya tak betul.

    Azar, terima kasih jadi kawan saya. Tunggu masa yang sesuai kami nak lepak. Tempat, di mana dan masa, terpaksa dirahsiakan atas permintaan dia.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah