26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aisha Retno Menangis Alunkan Surah Al-Qadr – ‘Saya Baca Tafsir, Ia Sangat Bermakna & Sentimental’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno telah menyorot perhatian ramai selepas menyampaikan bacaan ayat al-Quran ketika sesi siaran langsung di sebuah rancangan keagamaan.

    Artikel Berkaitan: Dikritik Pakai Korset Di Luar Kebaya, Aisha Tenang – ‘Itu Trademark Saya’

    Artikel Berkaitan: Hasrat ‘Flashmob’ Aisha Retno Ditolak, Netizen Mohon Bagi Ruang Fokus 10 Ramadan Terakhir

    Aisha sebak

    View on Threads

    Menerusi rancangan Tazkirah Malam Jumaat, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca surah Al-Qadr dengan penuh penghayatan.

    Menurut Aisha, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan tersebut kerana maksud di sebalik surah itu sangat menyentuh hatinya.

    Maaf jikalau saya sebak membawa surah Al-Qadr.

    Sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini, ia sangat bermakna dan sentimental.

    Terima kasih sudi jemput saya mengaji.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran daripada Aisha.

    MENARIK:  ‘Agak-Agak Diterima Tak?’ – Aeril Zafrel ‘Cuba Nasib’ Jadi Ahli ‘Old Money’, Netizen Terhibur Gaya Seluar Ikat Di Bahu

    Bukan itu sahaja, warganet turut memuji cara bacaan pelantun lagu Jodoh Lebaran itu yang dikatakan sangat sedap dengan taranum yang jelas.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Aisha Retno Menangis Alunkan Surah Al-Qadr – ‘Saya Baca Tafsir, Ia Sangat Bermakna & Sentimental’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah