30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam Ketawa Tengok Hampir 9,000 Mesej WhatsApp ‘Battle’ Pizza Percuma – ‘Good Luck Untuk Saya’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh, Jofliam bakal mengagihkan pizza wagyu milik perniagaannya secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinan keduanya bersama isteri tercinta, Emira Delyati Dewi baru-baru ini.

    Pizza percuma

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), usahawan pizza wagyu itu menggantikan majlis perkahwinan dengan menyediakan beberapa jenis makanan untuk pengikutnya secara percuma.

    Saya tidak buat majlis, mungkin ini cara saya.

    Asalkan orang datang, makan dengan gembira sudah mencukupi.

    Doakan saya, isteri dan keluarga saya.

    Menu pizza saya masih fikir, saya akan sediakan dua ke tiga jenis menu.

    Dalam pada itu, Jofliam hanya mengharapkan doa dari orang ramai buat keluarga kecilnya agar sentiasa diberkati.

    MENARIK:  [VIDEO] Gara-Gara Sebiji Epal, Umie Aida Didenda RM1,000

    Sambutan hangat dari pengikut

    Berkongsi lebih lanjut, Jofliam menerima hampir 9,000 mesej daripada pengikut untuk menerima pizza wagyu secara percuma.

    Tadi 5,000 sekarang dah 8,000.

    Goodluck guys.

    Goodluck juga untuk saya untuk scroll satu-satu.

    Untuk rekod, Jofliam dan Dewi selamat menjadi suami isteri yang sah pada 5 April, minggu lalu.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah