28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jessie J Hidap Kanser Payudara

    Shopee Sale

    Penyanyi popular antarabangsa, Jessie J mendedahkan dirinya telah didiagnos menghidap kanser payudara tahap awal.

    Artikel Berkaitan: Kieran Kongsi Kesan Kemoterapi Akibat Kanser Prostat – ‘Saya Pura-Pura Kuat, Siang Okay Malam Berdenyut’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Tunjuk Diri Sakit, Neelofa Sukar Terima Hakikat Ibu Hidap Kanser Payudara – ‘Saya Ambil Masa Untuk Hadam’

    Kanser payudara

    Menerusi hantaran di Instagram, Jessie J atau nama sebenar Jessica Ellen Cornish, 37, berkata, disebabkan itu dia terpaksa memperlahankan karier seninya bagi memberi fokus kepada proses rawatan.

    Saya ingin maklumkan bahawa saya telah didiagnos hidap kanser payudara tahap awal. Saya akan berehat seketika daripada menyanyi.

    Tetapi saya janji kepada peminat-peminat di luar sana, saya akan kembali kelak dengan muzik yang lebih hebat.

    Selepas konsert Summertime Ball pada 15 Jun ini saya akan menjalani pembedahan.

    Pada hantaran sama, pelantun lagu ‘Price Tag’ itu berharap perkongsiannya itu dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka yang menanggung nasib sama.

    Saya berkongsi ini bukan untuk saya, tetapi untuk semua. Mungkin dapat membantu orang di luar sana yang sedang bertarung nasib sama seperti saya.

    Dulu pun, perkongsian orang lain yang jujur pernah beri saya kekuatan. Ramai yang beri cinta, doa, dan mereka turut kongsi kisah mereka sendiri. Itu semua sangat bermakna buat saya.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Tiga Tahun Tiada Persiapan Raya, Sibuk Monitor Drama Keluarga Itu & Bidaah’ – Erma Fatima

    The post Jessie J Hidap Kanser Payudara first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah