30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jennifer Coppen Bakal Kembali Bergelar Isteri, Umum Tarikh Nikah Dengan Pemain Bola Sepak Indonesia

    Shopee Sale

    Teka-teki mengenai tarikh pernikahan pelakon dan personaliti Indonesia, Jennifer Coppen akhirnya terjawab.

    Artikel Berkaitan: ‘Justin Buat Saya Jadi Diri Sendiri, Sabar Hadap Trauma & Setiap Duit Gaji Dibelanja Kepada Kami’ – Jennifer Coppen

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Bersuara, Dituduh Lupa Arwah Suami Demi Jaga Hati Kekasih – ‘Orang Bersamaku Sekarang Sangat Memahami

    Nikah pada 13 Jun ini

    Jennifer dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Indonesia, Justin Hubner dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pulau Dewata, Bali dalam masa terdekat.

    Rangkaian majlis perkahwinan pasangan itu akan bermula pada Jumaat, 12 Jun, menerusi acara pengajian dan siraman yang merupakan antara tradisi adat perkahwinan masyarakat Jawa.

    Keesokan harinya, iaitu pada Sabtu, 13 Jun, pasangan ini akan disatukan dalam majlis pernikahan sebelum meraikan hari bahagia mereka menerusi sebuah majlis resepsi yang dijadual berlangsung pada Isnin, 15 Jun.

    Difahamkan, keseluruhan perjalanan majlis perkahwinan Jennifer dan Justin turut akan disiarkan menerusi sebuah stesen televisyen Indonesia, sekali gus memberi peluang kepada peminat mengikuti detik istimewa pasangan merpati dua sejoli ini.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Kemalangan Jalan Raya, Alami Bengkak & Lebam Bahagian Kaki

    Dalam perkembangan sama, persiapan perkahwinan mereka dilaporkan sudah mencapai kira-kira 90 peratus. 

    Jennifer sebelum ini turut berkongsi beberapa momen menjelang hari bahagianya termasuk mengadakan acara bridal lunch bersama rakan-rakan yang bakal menjadi pengapitnya.

    Malah, pelakon itu juga dikatakan telah menyediakan lapan persalinan pengantin yang akan digayakan sepanjang majlis perkahwinan.

    Sekadar info, Jennifer pernah mendirikan rumah tangga dengan Dali pada Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kamari.

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal selepas Dali meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2024.

    Sumber: Cumicumi

    The post Jennifer Coppen Bakal Kembali Bergelar Isteri, Umum Tarikh Nikah Dengan Pemain Bola Sepak Indonesia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah