28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Ada Lebih 200 Aset, Kumpul Sejak Usia 19 Tahun – ‘Antaranya Kondominium & Apartment’

    Shopee Sale

    Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia kini memiliki ratusan aset hartanah sebagai hasil pelaburan jangka panjang yang diusahakan sejak sekian lama.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tugas Qadejah Dengan Bibik Kena Jerit Cakap Rumah Terbakar’ – Shahida Rancang ‘Prank’ Hari Lahir Aliff Syukri

    Kumpul aset

    Aliff, 40, berkata jumlah aset yang dimilikinya ketika ini dianggarkan mencecah antara 200 hingga 300 unit, merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk kondominium mewah, apartmen serta rumah kos rendah.

    Saya memang minat mengumpul aset. Setakat ini, jumlahnya sekitar 200 hingga 300 unit termasuk rumah yang tidak sengaja tular baru-baru ini.

    Saya mula kumpul aset sejak dulu lagi, sejak umur 19. Kalau tidak beli awal, mungkin sekarang harganya jauh lebih mahal. Bagi saya, membeli hartanah adalah satu bentuk pelaburan, selain untuk kegunaan keluarga.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka yang diadakan di kediamannya di Damansara, baru-baru ini.

    Menurut Aliff lagi, kebanyakan hartanah tersebut tidak didiami, sebaliknya disewakan sebagai sumber pendapatan tambahan selain perniagaan kosmetik yang diusahakannya.

    Antara yang saya miliki termasuk kondominium, apartmen dan rumah kos rendah. Saya juga menguruskan aset ini melalui syarikat sendiri iaitu Aliff Syukri Properties.

    Saya tidak duduk di semua rumah itu, kebanyakannya disewakan dan dari situ saya jana pendapatan.

    Sementara itu, isterinya, Datin Seri Nur Shahida turut berkongsi bahawa minat terhadap pelaburan hartanah sudah lama menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan mereka berdua.

    Saya dan suami memang gemar membeli hartanah sejak dahulu dan ia juga menjadi salah satu sumber pendapatan kami. Rumah yang tular baru-baru ini pun sebenarnya tidak disengajakan.

    Aset-aset ini juga kami lihat sebagai simpanan masa depan untuk anak-anak. Mana tahu suatu hari nanti mereka ingin menetap di situ.

    Bagaimanapun, Shahida menegaskan mereka tidak menetapkan mana-mana aset secara khusus atas nama anak-anak, sebaliknya mahu mendidik mereka agar berdikari.

    Walaupun kami ada banyak aset, kami tidak pernah tetapkan setiap satu itu untuk anak-anak. Saya sudah sediakan keperluan asas seperti pendidikan. Apabila mereka dewasa nanti, saya mahu mereka berusaha dan mencari harta sendiri.

    The post Aliff Syukri Ada Lebih 200 Aset, Kumpul Sejak Usia 19 Tahun – ‘Antaranya Kondominium & Apartment’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah