30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dai Fuad Ceburi Bidang Nyanyian Sebelum Bergelar Pelakon, Kini Bersama TIP Band

    Shopee Sale

    Pelakon, Dai Fuad bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan, malah turut mempunyai perjalanan tersendiri sebagai penyanyi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Sangka Pernah Masuk Program Islamik, Dai Fuad Kongsi Kisah Di Sebalik Nama Pentas

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dai Fuad Pernah Gagal Uji Bakat, Rezeki Beralih Ke Kudrat 1968

    Mula menyanyi 2018

    Ketika ditemui , Dai Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abd. Rahman, mendedahkan bahawa dia terlebih dahulu menceburi bidang nyanyian sebelum beralih ke dunia lakonan.

    Menurutnya, minat dalam bidang nyanyian itu diteruskan sehingga kini menerusi penglibatannya sebagai vokalis TIP Band yang ditubuhkan pada 2023.

    Saya mula karier saya dengan menyanyi dulu sebenarnya kemudian barulah ke arah lakonan. Saya mula menyanyi 2018.

    Ketika itu, band yang saya bersama iaitu TIP Band belum ada lagi. TIP tu baru ada tiga tahun.

    Dai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Mengulas mengenai penubuhan TIP Band, Dai menjelaskan kumpulan itu dibentuk hasil inisiatif pemain bes sebelum dibimbing Adi Priyo, vokalis kumpulan 6ixth Sense yang turut menjadi mentor mereka dalam bidang nyanyian.

    Bukan keputusan saya (penubuhan TIP) tetapi itu adalah keputusan basis band yang menggabungkan beberapa individu.

    Dan yang membuatkan band ini kekal hingga ke hari ini adalah dengan bantuan cikgu saya sendiri iaitu Adi Priyo.

    Dia adalah cikgu serta mentor saya dalam bidang nyanyian dan dialah yang membantu menyorakkan lagi band kami ini.

    Dalam pada itu, Dai bersama TIP Band turut memperkenalkan lagu Ratnaku, hasil ciptaan Datuk M. Nasir yang diberi nafas baharu oleh Adi Priyo dan mendapat sambutan baik daripada pendengar.

    MENARIK:  Jasmine Suraya Terharu Filem Pavane For An Infant Terpilih Mewakili Malaysia Ke Oscar 2026

    Tambah Dai, dia juga berharap populariti yang diraih menerusi lakonan dapat membantu TIP Band terus berkembang dan dikenali lebih ramai peminat.

    Saya dan TIP baru rilis lagu Ratnaku yang dihasilkan oleh Datuk M. Nasir dan dinyanyikan oleh abang Roy namun diberi nafas baru oleh Adi Priyo.

    Alhamdulillah sejak beberapa hari dikeluarkan, lagu tersebut mendapat sambutan yang sangat-sangat memberangsangkan, sangat baik.

    Saya percaya semua datang juga daripada berkat KUDRAT 1968. Jadi, saya berharap agar TIP Band akan terus berkembang.

    Sekadar info, Dai Fuad membintangi filem KUDRAT 1968: High Council dengan memegang watak Pa.

    Filem arahan Zulaikha Zakaria itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Chech Harith, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf.

    The post [VIDEO] Dai Fuad Ceburi Bidang Nyanyian Sebelum Bergelar Pelakon, Kini Bersama TIP Band first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah