30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jazmy Juma Tak Tersinggung Lakonan Dilabel ‘Kayu’ – ‘Saya Perlu Perbaiki & Belajar Lagi’

    Shopee Sale

    Pelakon yang kian mendapat perhatian, Jazmy Juma sama sekali tidak pernah terasa hati apabila dilabel sebagai ‘pelakon’ kayu oleh segelintir warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jazmy Juma Jawab Kritikan Sering Sarung Uniform ‘Pilot’ – ‘Kami Bertemu Tenaga Pengajar Penerbangan Untuk Tahu Pemakaian Mereka’

    Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Saya Diberi Peluang & Diizinkan Menjadi Seorang Suami’ – Jazmy Juma Selamat Bernikah 

    Perbaiki mutu lakonan

    Ketika ditemui Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, mengakui dia menerima dengan baik setiap kritikan yang diberikan supaya sedar bahawa mutu lakonannya harus diperbaiki.

    Saya rasa gembira bila ada orang komen tentang saya, lebih-lebih lagi komen tentang keburukan sebab susah orang nak berterus terang tentang keburukan kita.

    Saya sangat bersyukur sebab tak rasa semua orang berani nak cakap benda itu.

    Melalui komen itulah saya boleh betulkan apa yang dia sampaikan. Jadi, bila ada penonton yang berikan komen sebegitu sekurang-kurangnya saya tahu yang lakonan saya tak cukup hebat dan saya perlu perbaiki serta belajar lagi.

    Menurut Jazmy, dia tidak tersinggung apabila menerima teguran seperti itu, selagi mana mereka tidak melampaui batas atau menggunakan bahasa yang kasar.

    Tak (terasa). Saya bersyukur sangat sebab Allah yang gerakkan mereka untuk cakap macam tu. Allah yang bagitahu pada dia untuk komen begitu supaya saya sedar yang dekat mata segelintir orang dia ni tak cukup bagus lagi.

    Saya tak ambil hati dengan orang tersebut. Alhamdulillah. Kalau dia bagi tahu lakonan saya kayu apalah sangat kan. Melainkan kalau dia komen itu dengan cara yang kasar, saya sedihlah.

    Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama lakonan terbaharunya, Dua Nyawa di Diamond Lounge, Pavillion Damansara Heights pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Dekat 80 Ribu Orang Tengok Instagram Story Saya, Apa Kata Kita Sedekahkan Al-Fatihah & Doakan Saudara Di Sana’

    Tambah Jazmy, dia percaya bahawa seseorang pelakon tidak seharusnya terlalu selesa dengan sehingga mengetepikan pendapat penonton.

    Jazmy malah akui, dengan adanya penilaian daripada mereka, sedikit sebanyak membuatkannya sedar untuk kembali kepada niat asal iaitu menjadi aktor berkaliber.

    Saya tak boleh duduk dalam comfort zone. Kalau duduk dalam comfort zone dan abaikan komen serta kritikan daripada orang, rugilah saya.

    Kenapa saya tak nak terima apa yang orang cakap? Kenapa saya tak nak betulkan apa yang salah?

    Kita tak boleh nampak diri kita melainkan cermin bagi tahu kita. Jadi kalau tak ada cermin, orang lain yang perlu bagitahu kita apa yang salah dan apa yang tak betul.

    The post [VIDEO] Jazmy Juma Tak Tersinggung Lakonan Dilabel ‘Kayu’ – ‘Saya Perlu Perbaiki & Belajar Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah