26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Jadi Tetamu ‘Toxic’, Ini Adab Ziarah Ketika Beraya

    Shopee Sale

    Suasana Hari Raya bukan sekadar tentang juadah yang enak, tetapi tentang mengeratkan silaturahim. Namun, sebagai tetamu, kita perlu menjaga batas dan adab agar kehadiran kita membawa berkat, bukannya beban.

    Adab beraya

    Pertama sekali tetamu perlu memaklumkan kehadiran terlebih dahulu agar tuan rumah sempat bersedia dan jangan sesekali mungkir janji jika sudah menyatakan mahu datang. 

    Apabila tiba di rumah yang dikunjungi, kawal kelakuan anak-anak dan pastikan mereka tidak masuk ke bilik peribadi tanpa izin.

    Selain itu, tunjukkan rasa hormat dengan tidak membuang sampah merata-rata, terutamanya pembalut kuih raya. Elakkan daripada menghabiskan baki terakhir dalam balang supaya tuan rumah mudah untuk menambah hidangan baru.

    Sebagai tetamu, kita juga bertanggungjawab menutup aib tuan rumah dengan tidak menceritakan kekurangan yang dilihat kepada pihak lain.

    Dari segi kesihatan pula, elakkan mencium bayi atau anak kecil secara sesuka hati kerana kita tidak tahu kuman atau debu yang melekat pada pakaian kita dari luar. 

    Makan dengan sopan

    Jika berpeluang, tunjukkan sikap ringan tulang membantu di dapur seperti membasuh pinggan sendiri, terutamanya jika menziarahi warga emas, melainkan jika dilarang oleh tuan rumah.

    MENARIK:  [VIDEO] Misi Balik Kampung Episod 3: Nenek Membuat Banyak Orang Merindukan Beliau dengan Cara Backup Danish

    Apabila dihidangkan juadah, amalkanlah sikap makan secara berpada-pada supaya tetamu lain juga berpeluang merasa hidangan tersebut. 

    Walaupun perut sudah terasa penuh, cubalah untuk menjamah sedikit makanan sebagai tanda penghargaan atas penat lelah tuan rumah yang telah memasak khas buat anda. 

    Bagi perokok, jangan merokok di kawasan rumah kerana asapnya boleh mengganggu pernafasan tetamu lain dan membahayakan bayi yang ada.

    Seterusnya, pastikan kunjungan anda tidak meleret sehingga lewat malam agar tidak mengganggu waktu rehat penghuni rumah.

    Didik juga anak-anak supaya tidak membuka sampul raya di hadapan pemberi bagi mengelakkan sebarang komen yang boleh mengguris hati. 

    Akhir sekali, jagalah lisan dengan mengelak soalan sensitif tentang jodoh, zuriat, atau berat badan. Jika diajukan soalan sebegitu, jawablah dengan tenang dan penuh hormat.

    Sumber: The Asian Parent

    The post Jangan Jadi Tetamu ‘Toxic’, Ini Adab Ziarah Ketika Beraya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah