Suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh mendedahkan dia tidak pernah berasa malu untuk memakai pakaian murah.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Lokman Teh Tampil ‘Backup’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Boikot jenama terkenal

Menerusi muat naik di Threads, Lokman menjelaskan sebab dia memilih untuk membeli pakaian mampu milik adalah untuk memboikot jenama terkenal yang menyokong Israel.
Baju yang saya sudah beli sebelum ini (berjenama) saya pakai tetapi tidak akan beli lagi sehingga peperangan berakhir.
Keduanya, kenapa saya perlu malu? Baju tetap baju, sama ada mahal atau murah ia masih baju.
Ada yang cakap, barang murah nanti badan gatal sebab kain tidak elok. Saya pakai jenama murah ke mahal, ia tetap sama.
Kenapa perlu pakai jenama terkenal semata-mata untuk berasa yakin?
Tetap yakin pakai pakaian tanpa jenama

Dalam pada itu, Lokman juga berkata nilai keyakinan diri tidak terletak pada jenama yang dipakai tetapi pada cara seseorang membawa diri.
Keutamaan saya adalah memastikan isteri tercinta saya, Atikah dan anak perempuan saya mendapat yang terbaik dalam hidup.
Apa sahaja yang mereka mahu, saya akan utamakan mereka sebelum diri saya sendiri. Inilah cara seorang lelaki sejati berfikir.
Kata Lokman, yang paling penting adalah mengetahui keutamaan diri dan bukannya terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling.
Mungkin sebab itulah masih ada yang belum berkahwin atau belum berjaya dalam hidup.
Bagi saya, saya sanggup lakukan apa sahaja demi keluarga saya.
Sumber: Threads (1), (2)
The post Suami Atikah Suhaime Dedah Tidak Malu Pakai Baju Murah – ‘Kenapa Perlu Pakai Jenama Terkenal Untuk Berasa Yakin?’ first appeared on OHBULAN!.





