Pempengaruh media sosial dari Indonesia, Jule sekali lagi tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi yang melanda dirinya sejak beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Berdua Di Bali & Saling Follow IG, Jefri Nichol & Jule Kini Jalin Hubungan Istimewa?
Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Mengecewakan Banyak Pihak, Saya Menyesal’ – Pempengaruh Mohon Maaf Isu Curang
Jule mohon maaf

Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Julia Prastini ini memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai atas segala kekecohan yang telah berlaku.
Ujar Jule, dia menerima segala teguran orang ramai dengan hati yang terbuka selain turut mengakui terdapat banyak kesilapan yang telah dilakukan olehnya sebelum ini.
Saya mengakui banyak kesalahan yang telah saya lakukan.
Terima kasih atas segala komen baik mahupun buruk yang saya terima, dan komen yang memberi teguran sangat saya hargai.
Mahu jadi diri sendiri

Sementara itu, Jule berharap agar orang ramai dapat memberikan ruang untuknya menjadi diri sendiri.
Tambah Jule, dia kini cuba memperbaiki diri menjadi insan lebih baik dan belajar dari pengalaman lalu.
Terlepas daripada apa pun yang berlaku di masa lalu mahupun di masa akan datang, ia tidak ada kaitannya dengan apa-apa keputusan yang saya ambil saat ini.
Izinkan saya menjadi diri sendiri tetapi tidak menutup ruang untuk saya belajar menjadi lebih baik lagi setiap hari.
Sebelum ini, tular beberapa foto dan video mesra yang didakwa mirip Jule dengan seorang atlet tinju dari Indonesia.
Lebih mengejutkan apabila turut tersebar aksi pasangan ini berciuman dan meluangkan masa bersama di sebuah bilik ketika Jule masih memegang status seorang isteri.
Tidak lama kemudian, tular foto mesra Jule bersama teman lelaki kawan baiknya, Aya Balqis iaitu pempengaruh Indonesia, Yusman Kusuma atau lebih dikenali dengan panggilan Yuka.
Untuk rekod, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada 31 Julai 2021, namun disahkan bercerai pada 30 Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Jule
The post ‘Izinkan Saya Menjadi Diri Sendiri’ – Jule Sekali Lagi Mohon Maaf, Minta Diberi Ruang first appeared on OHBULAN!.





