25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izara Aishah Tak Kisah Pakai Baju Raya Tahun Lepas – ‘Saya Terlalu Sibuk Bekerja’

    Shopee Sale



    Pelakon Izara Aishah berkongsi dirinya tidak kisah sekiranya mengenakan baju kurung pada tahun lalu ketika menyambut Syawal pada tahun ini.

    ‘Pakai je baju tahun lepas’

    Ketika ditemui , pemilik nama Izara Aishah Hisham menjelaskan hal ini kerana dia terlalu sibuk bekerja ketika di bulan Ramadan hingga tidak sempat untuk melakukan persiapan raya.

    Saya terlalu sibuk dengan kerja dan disebabkan itu tiada langsung persiapan raya.

    Kuih muih biasanya orang bagi. Baju untuk saya tak kisah sangat.

    Saya boleh pakai baju tahun lepas. Kalau beli dalam talian dan sampai lambat pun saya okay sahaja.

    Ditanya berkenaan hari raya, Izara berkongsi dia menyambut Syawal di Kuala Lumpur kerana keluarganya menetap di sini termasuk keluarga suaminya, Muhammad Adib Khalid.

    Menjelaskan mengenai kebiasaan Syawal, Izara berkata dia mempunyai rutin melawat orang tuanya pada petang raya.

    Raya saya akan luangkan masa dengan keluarga.

    Saya selalu raya di Kuala Lumpur dan biasanya akan beraya di rumah mak mentua, Datuk Seri Siti Nurhaliza dahulu.

    Selalunya pagi di rumah mak Iti, tengahari di rumah mak mentua Datin Seri Tengku Zawyah dan kemudian petang sikit baru rumah ibu saya.

    Bersyukur

    Jelasnya, masa melawat itu ditetapkan sendiri oleh orang tuanya dan dia bersyukur kerana urusannya dipermudahkan.

    Disebabkan semua dekat Kuala Lumpur, mereka sendiri yang tetapkan masa untuk melawat.

    Macam ibu saya pula, dia mahu kami datang waktu petang kerana pagi dia kemas rumah.

    Kalau Datuk K pula dia lebih memilih waktu pagi sebab nak pergi sembahyang raya bersama anak-anaknya. Alhamdulillah, rezeki saya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Maaf Lebih Kuat Dari Benar’ – Eira Syazira

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah