24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izara Aishah Perjelas Sebab Setuju Bintangi ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Menceritakan Mak Mentua Yang Tak Mahu Anak Lelaki Kesayangan Kahwin’

    Shopee Sale

    Pelakon, Izara Aishah menjelaskan sebab utama dia menerima tawaran untuk membintangi drama terbaharu terbitan TV3 berjudul ‘Sumpah Ibuku’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Ahyan Dedah Takut Nak Borak Dengan Datuk K, Izara Aishah Seloroh – ‘Anak-Anak Pun Takut’

    Artikel Berkaitan: Pereka Fesyen Puji Sikap Izara Aishah, Datang Awal ‘Shooting’ & Belanja Krew Makan – ‘Dia Siap Salam Cium Tangan’

    Realiti wanita

    Menerusi hantaran di platform Threads, Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham, 33, berkata, naskhah tersebut begitu dekat dengan realiti kehidupan ramai wanita masa kini.

    Kenapa saya terima tawaran drama ‘Sumpah Ibuku’? Pertama sekali, dalam drama ini menceritakan jenis ibu mertua yang tidak mahukan anak lelaki kesayangannya berkahwin.

    Kedua, watak suami dalam cerita ini bukan bodoh, suami bela sesiapa yang tidak salah dan bukan buta-buta mengiyakan perkara yang tidak benar.

    Yang ketiga, menceritakan menantu dihina, didera tetapi dia mempertahankan diri. Tidak lembik dan kalau dengan biras yang jahat, dia bagi saja balik.

    Seterusnya, watak Husna ini lama kemudian nanti baru dia balas balik. Dan yang terakhir, jelasnya ini adalah realiti hidup.

    Konflik kekeluargaan

    Drama ‘Sumpah Ibuku’ mengangkat kisah tentang konflik kekeluargaan, dendam dan juga tekanan yang dialami seorang menantu yang diperlakukan secara tidak adil.

    MENARIK:  Sahabat Dedah Hantaran 100% Idea Syed Saddiq, Tak Mahu Yang ‘Simple’ – ‘Mana Boleh, I Am Serious About It‘

    Bagi Izara sendiri, naskhah ini mampu membuka mata penonton kerana mencerminkan realiti yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

    Drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Selain Izara, dalam naskhah ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

    Sumber: Threads

    The post Izara Aishah Perjelas Sebab Setuju Bintangi ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Menceritakan Mak Mentua Yang Tak Mahu Anak Lelaki Kesayangan Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah