32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya’ – Aedy Ashraf

    Shopee Sale

    Pelakon Aedy Ashraf membuat pendedahan mengejutkan apabila berkongsi sisi gelap kisah silamnya sehingga pernah terjerumus ke dalam kancah jenayah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ’10 Hari Je Hidup Dengan Ayah, Masa Saya Lahir Dia Dalam Penjara’ – Aedy Ashraf

    Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Setuju Kenyataan Lelaki ‘Miskin’ Belum Layak Berkahwin – ‘Aku Salah Seorang’

    Aedy pernah terlibat dadah, merompak

    Menerusi podcast Kita-Kita Aje! bersama hos Datuk Aznil Haji Nawawi, Aedy menyifatkan dirinya seorang anak muda yang kehilangan arah dan sangat liar sewaktu fasa membesar.

    Saya boleh katakan saya seorang yang sangat liar ketika membesar.

    Bila saya tengok balik diri saya ketika berusia 16 hingga 26 tahun, saya tak nampak ‘broken kid’ tapi saya nampak kanak-kanak yang tak dibimbing.

    Lebih mengejutkan apabila pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi , 33, mengaku pernah terjebak dengan jenayah dadah dan merompak sehingga hampir ditahan oleh pihak berkuasa.

    Saya terjebak dengan dadah, party di kelab malam dan sampai tahu tahap saya terlibat dengan merompak seperti pecah kereta.

    Dalam pada itu, Aedy tidak menafikan bahawa pengaruh rakan dan persekitaran sedikit sebanyak mencorakkan sisi gelapnya, namun dia enggan meletakkan sepenuh kesalahan kepada orang lain.

    Mungkin saya salah pilih kawan juga tapi tak adil untuk saya menyalahkan orang lain.

    Saya rasa ketika itu saya cuma nak terokai dunia. Bila orang kata satu benda tu salah, saya nak tahu.

    Jadi untuk saya belajar, saya kena melakakukan sesuatu dan baru tahu tindakan itu betul atau salah.

    Bagaimanapun, Aedy menyifatkan kekuatan doa ibunya sebagai ‘penyelamat’ yang membuatkan dia berjaya keluar daripada kepompong tersebut.

    Apa yang membuatkan saya selamat hingga ke hari ini adalah doa ibu saya sangat kuat.

    Sumber: Youtube Kita-Kita Aje

    MENARIK:  Mus May, Azmi Caliph Buskers & Haiza Meriahkan Siri Akhir Program Pilih Karnival PKNS

    The post [VIDEO] ‘Saya Pernah Terjebak Dengan Dadah, Merompak Tapi Doa Ibu Selamatkan Saya’ – Aedy Ashraf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah