Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim, baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas berkongsi pandangannya tentang pemilihan pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: Disangka Terlibat Dalam Kes Basikal Halang Laluan, Ryzal Ibrahim Beri Penjelasan – ‘Baju Pula Sama, Habis Keliru’
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Tegur Selebriti Suka Canang Aib Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Tak Matang’
Ikhlas terima pasangan

Menerusi satu hantaran di Threads, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menegaskan bahawa hubungan rumah tangga tidak sepatutnya dinilai hanya berdasarkan harta atau kemewahan.
Ryzal juga berkongsi pengalaman peribadinya apabila isterinya, Maryam Younarae, menerima dirinya seadanya sejak awal perkenalan, walaupun ketika itu dia hanya memakai jam berharga RM30 dan masih merokok.
Isteri saya dahulu terima saya waktu saya hanya memakai jam plastik berharga RM30 sahaja di pergelangan tangan.
Ketika itu juga saya masih merokok.
Katanya lagi, meskipun kini dia mampu memiliki jam mewah seperti Rolex Daytona, perkara tersebut tidak pernah menjadi ukuran dalam hubungan mereka.
Tambahan, Ryzal menasihatkan agar harta atau jenama tidak dijadikan sandaran dalam memilih pasangan hidup.
Bertahun-tahun kemudian, saya mampu memiliki jam Daytona, tetapi isteri saya tetap tidak mempedulikannya.
Jangan sesekali memilih pasangan hidup berdasarkan harta atau jenama.
Dalam hantaran yang sama, Ryzal turut menekankan kepentingan keikhlasan dalam menerima kelemahan pasangan serta yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dalam setiap perjalanan kehidupan.
Pilihlah seseorang yang ikhlas menerima kelemahan kita dan yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.
Sumber: Threads
The post ‘Isteri Saya Terima Waktu Pakai Jam Harga RM30 Sahaja’ – Ryzal Ibrahim Tekankan Jangan Pilih Pasangan Kerana Harta first appeared on OHBULAN!.





