25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Nekad Maafkan Suami Selepas Kantoi Curang Dengan Wanita Baru Kenal Seminggu – ‘Saya Pilih Dia Demi Anak Dalam Kandungan’

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman memaparkan seorang wanita mendedahkan kecurangan suaminya secara terbuka, sekali gus menarik perhatian ramai. 

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Bersimpati, Pernah Lalui Situasi Dicurangi Ketika Sedang Hamil – ‘Faham Sangat’

    Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Nerd Selalu Curang & Buat Hal’ – Puteri Aishah

    Maafkan suami curang

    Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita itu mendedahkan bahawa dia memilih untuk memaafkan suaminya dan memberikan peluang kedua, demi masa depan cahaya mata sulung yang sedang dikandungkan.

    Saya ingin memberitahu yang saya masih pilih dia menjadi suami saya dan saya anggap ini ujian saya mengandungkan anak pertama.

    Orang sekeliling akan bertanya kenapa saya masih terima dan beri peluang? Kerana ini adalah kali pertama suami saya berlaku curang kepada saya dengan perempuan yg sama yang baru kenal 1 minggu.

    Saya masih bagi peluang kerana saya sedar saya pun ada silap saya dan saya anggap ini khilaf dia sebagai suami.

    Dia mengakui tidak mahu anak yang bakal dilahirkan membesar tanpa kehadiran seorang bapa. Tambahnya lagi, ini merupakan kesilapan pertama yang dilakukan suaminya bersama wanita yang baru dikenali dalam tempoh singkat.

    Saya fikir macam mana anak saya nak membesar dan saya tidak mahu dia membesar tanpa seorang ayah.

    Saya masih kuat di sini dan masih menerimanya sebagai suami kerana saya fikir bayi dalam kandungan saya.

    Mengulas lanjut mengenai tindakannya sebelum ini yang mendedahkan isu berkenaan kepada umum, wanita itu menjelaskan bahawa ia dilakukan dalam keadaan emosi yang tidak stabil. 

    Tujuan saya viralkan suami saya curang haritu kerana saya terbawa bawa emosi disebabkan si penyondol tidak menerima peringatan saya sebagai seorang isteri dan tidak menghormati saya sebagai wanita.

    Saya tidak berharap semua dapat menerima keputusan saya tetapi saya hanya memikirkan masa depan anak saya kelak.

    Dalam pada itu, dia turut membuat rayuan kepada orang ramai agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berhenti menyebarkan alamat rumah keluarganya serta tidak mengganggu pihak mertua yang tidak terlibat dalam konflik tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Warga Emas Usia 71 Tahun Tetap Gigih Jadi Penghantar Makanan – ‘Hari Raya Pun Saya Kerja’

    Sumber: Threads

    The post Isteri Nekad Maafkan Suami Selepas Kantoi Curang Dengan Wanita Baru Kenal Seminggu – ‘Saya Pilih Dia Demi Anak Dalam Kandungan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah