30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Fizo Omar Sekali Lagi Curi Tumpuan Netizen, Berjaya Dapat IELTS Band 7!

    Shopee Sale



    Sebelum ini, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang. Bukan itu sahaja, Fazeera atau lebih mesra disapa sebagai Faz, kini bekerja sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.

    Terbaru, Faz berkongsi berita gembira di mana dia berjaya mendapatkan band 7 bagi ujian International English Language Testing System (IELTS). Tahniah!

    Alhamdulillah

    Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraih olehnya. Ujian yang mempunyai empat kategori itu dilihat sangat mudah bagi Faz kerana dia berjaya mengumpul markah yang sangat baik di setiap bahagian tersebut.

    MENARIK:  Black Hanifah Sifatkan CEO Batu Seorang Yang Beradab, Titip Pesan Kepada Pempengaruh – ‘Kena Pandai Jaga Diri’

    Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang sangat tinggi iaitu 7.5. Manakala ujian membaca pula, Faz mendapat 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan Faz meraih band 7.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Faz. Ujar netizen, ujian IELTS bukan mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, Faz berjaya melakukannya.

    Suka semangat puan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah