32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Hanya Hargai Usaha Suami, Tiada Niat ‘Show Off’ Kekayaan – ‘Bersyukur Tanpa Perlu Membandingkan’

    Shopee Sale



    Pelakon Datin Intan Najuwa menjelaskan bahawa dia hanya menghargai usaha suami dalam urusan menguruskan anak perempuan mereka.

    Hargai jasa suami

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat memperbetulkan dakwaan daripada segelintir netizen yang mendakwa dirinya terlalu menunjuk kekayaan di media sosial.

    Korang, jangan marah-marah okay.

    Saya kongsi tentang babysitters itu sebab saya buat Q&A.

    Dan, sedikit momen untuk saya hargai apa yang suami lakukan.

    Bila kita berkata yang baik-baik, Insya-Allah kita tenang.

    Itu apa saya amalkan selama ini.

    Marilah kita baik dengan satu sama lain.

    Mari nikmati menjadi ibu dan hargai suami kita.

    Dalam pada itu, Intan sempat mengingatkan agar tidak membandingkan kehidupan dengan orang lain dan bersyukur dengan apa adanya.

    Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu.

    Rezeki masing-masing

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui Intan beruntung dianugerahkan suami yang mampu menyediakan kemudahan untuknya menguruskan anak. Selain itu, warganet turut tumpang gembira dengan rezeki yang dimilikinya.

    MENARIK:  ‘Kalau Jumpa Lelaki Pandai Bercinta, Tapi Tak Pernah Solat Itu Bukan Calon Suami…’ – Pesan Fedtri Yahya Kepada Wanita

    Imbas kembali, Intan pernah berkongsi tentang kemudahan yang disediakan suaminya dengan menyediakan tiga pembantu dan jururawat khas untuk memantau pergerakan Lunara 24 jam.

    Dengan kemudahan itu, Intan kini akui lebih tenang dan tidak lagi tertekan menguruskan bayi sulungnya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah