32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ini Masalah Kecil Antara Dua Orang Bercinta’ – Khadijah Ibrahim Mengaku Remaja Cabul Sepupu Adalah Cucu

    Shopee Sale



    Penyanyi era 70-an, Datuk Khadijah Ibrahim mengaku remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuan di mahkamah pada Disember lalu adalah cucunya.

    Artikel berkaitan: Didakwa Cabul Sepupu Sendiri, Cucu Penyanyi Era 70-an Mengaku Tidak Bersalah

    Artikel berkaitan: Ketagih Porno, Lelaki Tergamak Rakam Ibu Mentua Mandi & Cabul Adik Ipar Usia 9 Tahun

    ‘Dua-dua cucu saya!’

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Khadijah, 64, berkata, kedua-dua cucunya itu menjalinkan hubungan cinta dan isu menjadi besar apabila ada hasutan daripada orang luar.

    Budak-budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya! Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.

    Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil antara dua orang bercinta.

    Saya sudah siasat apa yang jadi tapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar. Kadang-kadang mereka tak dapat berfikir dengan baik.

    Dalam pada itu, Khadijah memberitahu dia tidak kisah sekiranya menerima tempias daripada perbuatan kedua-dua cucunya itu.

    Perkara ini bukan suatu yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.

    Saya tak kisah (terkena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.

    Saya percaya Allah telah aturkan semua ini jadi saya tenang saja.

    Tidak menyebelahi sesiapa

    Malah, penyanyi kelahiran Singapura ini juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menasihati anak-anak untuk kekal positif dengan ujian yang melanda mereka.

    Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka berdua cucu yang saya sayang.

    Saya selalu cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okay.

    Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ia perkara remeh.

    Pada Disember 2023, seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya yang berusia 17 tahun.

    MENARIK:  Video: Apa Sebab Lain Kita Harus Tinggalkan Solat?

    Bagaimanapun tertuduh yang juga berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuan di sebuah kediaman di Jalan Gasing, Petaling Jaya jam 3 pagi pada 15 Oktober tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah