26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ini Fakta Menarik Tentang PETRONAS Malaysian Cub Prix – Tak Ramai Yang Tahu Kisah Disebaliknya

    Shopee Sale



    Peminat dunia permotoran mesti dah biasa dengar tentang PETRONAS Malaysian Cub Prix kan? Saban tahun acara ini memang selalu dinantikan!

    Tapi, tak ramai tahu disebalik kemeriahan acara ini tersimpan seribu satu kisah kerja keras dan pengorbanan banyak pihak.

    #MelakarImpianBersama siri yang memaparkan dedikasi & kerja keras semua pihak

    Selalu kita lihat acara PETRONAS Malaysian Cub Prix yang dah berlangsung meriah, tak berpeluang nak tahu apa yang terjadi disebalik tabir betul tak?

    Haa.. Sebenarnya ada siri istimewa untuk kisah-kisah ini tau! Siri yang memaparkan orang-orang hebat disebalik PETRONAS Malaysian Cub Prix  dengan kemahiran dan kecekapan mereka masing-masing!

    Korang boleh tonton siri tersebut melalui Youtube PETRONAS Motorsports.

    Episod 1 menceritakan perjalanan Farres Putra, nak bergelar seorang rider pastinya bukan mudah. Banyak halangan dan rintangan yang perlu beliau lalui untuk sampai ke puncak kejayaan.

    Jom ikuti perjalanan beliau dan saksikan cerita sebenar di sebalik Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix melalui episod 1 #MelakarImpianBersama

    Kemenangan adalah perkara yang sering diraikan, namun kerja keras dan dedikasi team yang memastikan kemenangan dapat digapai tak harus dipandang ringan.

    MENARIK:  #CSOIAM: Mariam Gagal Mara Ke Pentas Akhir, Terima Wang Tunai Berjumlah RM10,000

    Contohnya, seperti dedikasi para mekanik yang bertungkus-lumus dibelakang tabir. Kemahiran dan kecekapan mereka adalah tunggak utama dalam memastikan setiap perlumbaan dapat berjalan lancar!

    Kisah mereka boleh ditonton melalui episod 2 #MelakarImpianBersama

    Nantikan lebih banyak kisah-kisah menarik akan datang dalam siri #MelakarImpianBersama secara eksklusif hanya di Youtube PETRONAS Motorsports!

    Saksikan pusingan akhir PETRONAS Malaysian Cub Prix di Stadium Negeri, Pulau Pinang!

    PETRONAS Malaysian Cub Prix kini sudah memasuki pusingan akhir dan bakal berlangsung di Stadium Negeri, Pulau Pinang.

    Inilah saat yang dinanti-nantikan ramai! Penuh dengan aksi mendebarkan dan persaingan sengit perlumba-perlumba hebat.

    Jadi, korang yang gemarkan sukan ini terutama sekali orang-orang di sekitar Pulau Pinang tak boleh lepaskan peluang untuk rasai sendiri debaran perlumbaan secara langsung tau!

    Jom datang beramai-ramai dan bersama-sama rasai pengalaman luar biasa di PETRONAS Malaysian Cub Prix!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah