23.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mimifly Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Jojo One Nation Emcees – ‘Terima Kasih Atas Kasih Sayang Yang Diberikan’

    Shopee Sale



    Allahyarham Jojo

    Penyanyi Mimilfy berkongsi tangkap layar memaparkan perbualan terakhirnya dengan rakan seperjuangan dari kumpulan One Nation Emcees, Allahyarham Jojo.

    Kawan penyayang

    Allahyarham Jojo

    Menerusi perbualan tersebut, Jojo atau nama sebenar Nur Hasab Balas, 50, memuji lagu terbaharu Mimi berjudul Angkat.

    Kata arwah, dia amat menyukai lagu tersebut sehingga terngiang-ngiang dalam kepalanya.

    Sementara itu, Mimi menyifatkan Jojo sebagai seorang sahabat yang penyayang dan tidak pernah bersikap kasar dengan orang sekeliling.

    Selamanya insan yang saya sayang. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Awak sayang semua orang.

    Awak sikit pun tak pernah berkasar dengan orang. Kami yang rapat dengan Jojo banyak belajar apa itu cinta.

    Mimi berkongsi tangkap layar berkenaan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 – 2035: Daripada Murid Enam Tahun ke TVET Awal, Ini Perubahan Besar Yang Korang Perlu Tahu

    Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Mimi meluahkan rasa syukur apabila upacara pengebumian Jojo berjalan dengan lancar.

    Dalam nada sebak, Mimi juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah.

    Pada Ahad, Allahyarham Jojo tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.

    Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, kira-kira jam 6.45 petang Ahad.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah