33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Indra Herlambang Sanggup Tak Mandi Dua Hari, Nak Kekal Haruman Selepas Dipeluk Lisa Blackpink

    Shopee Sale



    Pengacara Indonesia, Indra Herlambang terlalu teruja dapat memeluk anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa sehinggakan mengambil keputusan untuk tidak mandi selama dua hari.

    Tak nak hilang bau

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Indra Herlambang (@indraherlambang)

    Memetik laporan portal detikhot.com, Indra membuat keputusan untuk tidak membilas badannya selama yang boleh kerana tidak mahu haruman wangi Lisa hilang dari badannya.

    Walau bagaimanapun, perancangannya itu hanya bertahan selama dua hari kerana perlu keluar bekerja.

    Saya tak mahu mandi selepas dipeluk kerana nak pastikan haruman Lisa terlekat di badan namun hari ini (Isnin) saya perlu bekerja.

    Bauan dari Lisa itu cuma dapaat bertahan selama dua hari sahaja dan suka atau tidak, saya terpaksa mandi kerana kerja.

    Berkongsi perasaan selepas dipeluk Lisa, Indra memaklumkan dia begitu teruja dan berada dalam keadaan luar kawalan kerana begitu meminati anggota kumpulan Blackpink itu.

    Saya sangat suka K-Pop sehinggakan selalu mendengar lagu dan menonton drama mereka.

    Kalau tak dapat kawal diri, mungkin saya boleh pengsan di atas pentas.

    Jumaat lalu, Indra telah dipeluk Lisa dalam satu majlis bertemu peminat iaitu Fan Meetup in Asia 2024 yang diadakan di Beach City, Stadium Antarabangsa, Jakarta, Indonesia.

    MENARIK:  Nabila Razali Muncul Dengan ‘Raya Mana’ Versi Loghat Kelantan Bersama Den Manjo – ‘Sejujurnya Saya Sangat Gementar Sebab Bukan Bahasa Pertama Saya’

    Indra selaku pengacara bagi majlis tersebut menganggap momen dipeluk bintang terkenal dunia sebagai satu pengalaman yang terindah dalam hidupnya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah