Seorang individu berpendapat bahawa amalan berpantang dalam kalangan masyarakat Melayu agak keterlaluan jika dibandingkan dengan amalan di luar negara.
Artikel Berkaitan: Jawab Peperiksaan Masa Berpantang, Isteri Fizo Omar Peroleh Keputusan Cemerlang – ‘Ada Anak Kecil Buat Saya Lebih Disiplin’
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Berpantang Cara Tradisional Untuk Anak Ketiga – ‘Sebab Badan Nak Pakai Lama’
Mat salih cepat sembuh?

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita mat salih dilihat memuat naik gambar bersama anak lelakinya yang berusia enam hari.
Liam berusia 6 hari dan dalam proses untuk dapatkan pasport.
Kami akan melancong tak lama lagi.
Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian seorang individu yang mempersoalkan proses kesembuhan selepas bersalin.
Orang putih makan apa ya? Cepat betul sembuh daripada bersalin.
Tak kisah Caesar atau bersalin normal. Dia tak rasa sakit ke bersalin?
Perbezaan berpantang

Dalam pada itu, seorang lagi individu tampil berkongsi pengalaman ibunya yang berpantang di Amerika Syarikat.
Menurutnya, amalan berpantang di Malaysia dilihat jauh berbeza berbanding di luar negara, yang disifatkan lebih ringkas dan tidak rumit.
Mak saya pernah berpantang di US dan Malaysia. Menurutnya, di Malaysia pantang larang sangat mengarut sampai pucat, lemah, tak bertenaga dan buat si ibu sembelit.
Di US, lepas bersalin jururawat akan beri jus sebenar, protein yang mencukupi.
Minum air, jururawat akan periksa untuk pastikan badan cukup air dan susu lancar.
Tiada istilah rahim atau urat kembang.
Sumber: Threads @iamzhafarina
The post Individu Sifatkan Proses Berpantang Di Malaysia Mengarut – ‘Di US, Jururawat Beri Jus Sebenar & Protein Yang Mencukupi’ first appeared on OHBULAN!.





