Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pereka fesyen terkenal yang didakwa gagal melunaskan hutang berjumlah puluhan ribu ringgit.
Pereka fesyen didakwa tak bayar hutang?

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun robertgreedy_ di Threads, dia mendakwa pereka fesyen tersebut mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM30,000.
Namun, selepas tempoh setahun, individu tersebut mendakwa hanya RM2,000 sahaja yang dibayar iaitu pada tiga bulan yang lepas.
Selepas daripada pembayaran itu, pereka fesyen tersebut didakwa terus mendiamkan diri dan memberikan pelbagai alasan apabila dituntut untuk melunaskan hutangnya.
Malah, individu itu turut mendakwa dirinya telah disekat di semua platform media sosial.
Sehingga kini, pereka fesyen tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Kena block?

Sumber: Threads robertgreedy_
The post Individu Dakwa Pereka Fesyen Terkenal Gagal Bayar Hutang RM30,000 – ‘Lepas Bayar RM2,000 Terus Senyap’ first appeared on OHBULAN!.





