Anugerah Juara Lagu edisi ke-40 (AJL40) sekali lagi mencuri perhatian apabila 15 buah lagu yang memperoleh undian tertinggi sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) diumumkan menerusi program Muzik Muzik.
Artikel Berkaitan: AJL39 Bukti Kemegahan Arena Muzik Lokal, Team Produksi Berjaya Sediakan Saiz Pentas Sebesar Dua Gelanggang Futsal
Artikel Berkaitan: #AJL39: Rupanya Isteri Sharul Kamal Yang Jaga ‘Timing’ Jatuhkan ‘Veil’ Nadeera, Netizen Puji ‘On Point’
Undian tertinggi

Pengumuman ini menjadi langkah awal dalam mengenal pasti karya tempatan terbaik yang bakal bersaing untuk melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir AJL40 (AJL40 SA).
Bersempena ulang tahun ke-40 penganjurannya, hanya 20 lagu akan dipilih oleh barisan juri profesional untuk dipersembahkan di pentas separuh akhir, sekali gus menjadikan saingan tahun ini lebih mencabar.
Senarai 15 lagu tersebut menampilkan gabungan artis terkenal dan bakat baharu, dengan kepelbagaian genre serta emosi yang mencerminkan perkembangan muzik tanah air masa kini.
Daripada genre balada yang menyentuh perasaan hingga karya berentak rancak, setiap lagu hadir dengan keunikan tersendiri dalam usaha menempah tempat ke pentas berprestij AJL40.
Berikut merupakan senarai penuh 15 buah lagu terbaik dengan undian tertinggi sepanjang carta MM40.
- Hijab Rindu – Black Hanifah
- Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain
- Pernah Punya Aku – Shila Amzah
- Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
- Tiwikarma – K.O.I
- Puaskah – Ameerais & Mariam Saim
- Semacam Pandora – Hazama
- Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris
- Hilangmu Tak Terganti – Tajul & Afieq Shazwan
- Kamu – Aina Abdul
- Ke Mana Ni – Luca Sickta, KMY KMO & Salammusik
- Musnah – Danial Kifli
- Bunga Kemboja – Iman Troye
- Ketagih – Cherry On Top feat. Datuk Syafinaz Selamat
- Lumrah Cinta – Puteri Khareeza
Sementara itu, baki 15 lagu lagi akan diumumkan minggu hadapan bagi melengkapkan senarai 30 lagu keseluruhan, sebelum hanya 20 dipilih ke peringkat separuh akhir.
Pengumuman seterusnya dijadualkan berlangsung pada 5 April ini.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik penentuan apabila AJL40 SA bersiaran secara langsung pada 17 dan 18 April, jam 9.00 malam di TV3 serta boleh distrim secara eksklusif menerusi Tonton.
The post Imran Ajmain, Shila Amzah & Aina Abdul Antara Calon Bakal Rebut Pentas AJL40! Ini Senarai 15 Lagu Raih Undian Tertinggi first appeared on OHBULAN!.





