Penyanyi Iman Troye sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul dengan tujuh buah lagu raya bersempena Syawal 2026, sekali gus membuatkan peminat menggelarnya sebagai ‘Puteri Lagu Raya’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Iman Troye Lancar Tung Tung Raya, Netizen Komen – ‘Ingatkan Tamak Dalam Berniaga Saja’
Artikel Berkaitan: Iman Troye Bakal Lancar 10 Lagu Raya, Kolabrasi Dengan Penyanyi Indonesia & Singapura
Kolaborasi pelbagai artis
Terbaharu, lagu ‘Jemput Jemput Raya’ nyanyiannya bersama Asslahierah mencipta kejayaan apabila berjaya menduduki tangga ketiga carta trending YouTube Malaysia, selain meraih lebih 1.1 juta tontonan dalam tempoh enam hari sejak dilancarkan.
Tidak terhenti di situ, Iman turut memperkenalkan sebuah projek khas berbentuk EP berjudul ’30 Hari 30 Lagu Raya’ yang memuatkan lima buah lagu raya hasil kolaborasi bersama pelbagai artis.
Antara lagu yang terkandung dalam EP tersebut termasuk ‘Tung Tung Raya’ bersama Aliff Syukri, ‘Jemput Jemput Raya’ bersama Asslahierah, ‘Ayuh Raya’ bersama XO Jr, ‘Selamat Tahun Baru Raya’ bersama Ammar Haikal, Hadie El Fardie dan Eznny, serta ‘Maaf Lahir Batin; yang turut menampilkan Asslahierah dan Akbar Chalay.
Meriahkan industri muzik
Selain lima lagu dalam EP tersebut, Iman juga terlibat dalam dua lagi lagu raya menerusi kerjasama bersama dua jenama terkenal, menjadikan keseluruhan lagu raya yang dihasilkannya tahun ini berjumlah tujuh buah.
Penghasilan tujuh lagu raya dalam satu musim jelas menunjukkan kesungguhan Iman dalam memeriahkan industri muzik tempatan, khususnya dalam menghasilkan karya bertemakan Aidilfitri yang segar dan dekat dengan jiwa pendengar.
Dengan pencapaian yang membanggakan serta konsistensi dalam menghasilkan lagu raya setiap tahun, tidak hairanlah Iman Troye kini dilihat sebagai antara figura penting yang mencorakkan evolusi muzik raya moden di Malaysia.
The post Iman Troye Mendominasi, Tampil Dengan 7 Karya Sempena Aidilfitri Hingga Digelar ‘Puteri Lagu Raya’ first appeared on OHBULAN!.





