29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iman Troye Imbau Kenangan 14 Tahun Menetap Di PPR, Seronok Dapat Kongsi Rezeki Dengan Jiran Lama

    Shopee Sale



    Iman Troye

    Pernah menetap di sebuah perumahan PPR di Selayang selama 14 tahun, penyanyi Iman Troye mengimbau kembali kenangan membesar di kawasan tersebut.

    Kenangan di PPR

    Iman Troye

    Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, berkata, antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah menunaikan solat terawih dan momen bermain dengan rakan-rakan di perumahan itu.

    Saya tinggal di PPR Taman Wahyu Selayang sejak usia dua tahun hingga 16 tahun. Banyak sangat kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Tempat ini saya membesar.

    Antara kenangan yang tidak dapat saya lupakan pergi terawih di surau, bermain dengan kawan-kawan.  Apabila kembali ke sini memang mengimbau.

    Walaupun sudah pindah sekarang, tapi masih ada rumah di sini. Sesekali saya balik untuk jenguk keadaan rumah.

    Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui di program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh jenama wangian, Perfume Paradise di PPR Taman Wahyu, Selayang Selangor pada Rabu.

    Selain Iman, turut hadir artis naungan Xo House iaitu Dalia Farhana, Zubir Khan dan Alyamardien yang bersama-sama mengagihkan 500 ekor ayam percuma.

    Sakit tapi kerja

    Iman Troye

    Dalam pada itu, Iman memberitahu dia baru sahaja dikejarkan ke hospital pada Selasa disebabkan mengalami masalah di bahagian telinga dan tekak. Namun, atas tuntutan kerja dia menolak daripada ditahan di wad.

    Telinga sebelah kanan saya tak dengar. Tekak saya pula bermasalah kerana saya menyanyi tak berhenti dan tak berehat selepas konsert terus keluarkan album.

    Patutnya saya ditahan di wad tapi sekadar masuk kecemasan saja kerana ada kerja saya gagahkan diri untuk keluar.

    Doktor nasihat suruh rehat, tapi saya degil nak kerja juga. Jadi doktor bagi ubat untuk saya makan.

    Kolabrasi bersama

    Iman Troye

    Sementara itu, CEO Perfume Paradise, Nur Faiqah Amran, berkata, program CSR ini merupakan kesinambungan daripada Konsert Galau yang dimeriahkan oleh barisan artis Xo House, di mana jenama tersebut merupakan penaja utama.

    Selepas konsert, kami mahu terus memberi kembali kepada masyarakat. Program ini bertujuan membantu mereka yang memerlukan serta meringankan beban penduduk setempa.

    Pemilihan lokasi PPR Taman Wahyu bukan sekadar kebetulan, tetapi juga membawa makna tersendiri, Iman Troye pernah membesar di sini.

    Dia menyatakan rasa terharu dapat kembali memberi sumbangan kepada komuniti yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

    Perfume Paradise berharap untuk meneruskan lebih banyak inisiatif kebajikan seperti ini pada masa akan datang, sekaligus memberikan impak positif kepada masyarakat.

    MENARIK:  Bunga Citra Lestari Enggan Memiliki Anak dengan Tiko

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah