32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kehebatan Azhar Sulaiman dalam Berlakon Sebagai Penagih Dadah Dapat Pujian daripada Netizen

    Shopee Sale



    Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sedutan pelakon, Azhar Sulaiman ketika melakukan penggambaran untuk sebuah drama TV3 Malaysia berjudul Hawt Fellas.

    Memang nampak real!

    Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Azhar Sulaiman yang memegang watak seorang penagih dadah yang dikenali sebagai Nasir. Azhar yang memakai baju tshirt berwarna biru dan berseluar jeans dilihat benar-benar menjiwai watak selain mimik mukanya juga memainkan peranan sebagai penagih.

    Lakonan mantap daripada pelakon lagenda itu menerima pujian warganet. Mereka menyifatkan Azhar seorang pelakon yang sangat berbakat dan versatil.

    Dalam pada itu, mereka juga akui sukar untuk menemui pelakon baharu yang memiliki bakat sama seperti barisan pelakon-pelakon lama.

    Dia ni memang legend. Dari muda-muda dulu, dia research dulu watak.

    Dia dah study. Homework yang penting. Yang tu beza dengan pelakon sekarang harap pakej comel je.

    Pelakon terbaik kot. Sekarang ni dah tak ada ramai pelakon yang boleh berlakon dan menjiwai. Orang-orang lama power.

    Nampak real lakonan dia.

    Dia punya mata melilau sambil tenyeh hidung tu yang nampak real.

    Jadi mat, gian habis ni.

    Sekadar info, Hawt Fellas drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di slot Lestary TV3 sejak 4 Januari lalu, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam.

    MENARIK:  ‘Bercinta Memang Indah, Tapi Realitinya Kelat Macam Makan Jering’ – Fazley Yaakob

    Video

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah