Pelakon Ikmal Amry berkongsi pendekatannya dalam mengekalkan kepercayaan dan keharmonian rumah tangga bersama isteri tercinta, Najla Shamsul.
Bagi isteri periksa telefon

Ketika ditemui , Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali,31, mengakui adalah lumrah bagi pasangan berasa cemburu apatah lagi apabila bergelar isteri kepada seorang pelakon.
Namun, untuk mengelakkan sebarang salah faham atau rasa curiga dalam hubungan, Ikmal memilih untuk bersikap terbuka sepenuhnya dengan isteri.
Dia (isteri) berkahwin dengan seorang pelakon, jadi perasaan was-was dan cemburu tu mesti ada.
Cuma cara saya adalah bagi sahaja apa yang isteri nak. Kalau dia nak tengok WhatsApp ke Email atau apa-apa media sosial kita, bagi sahaja.
Ikmal berkata demikian ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelakon filem Soloz: Game of Life ini mengakui bahawa dia tidak pernah menghalang isteri untuk memeriksa telefon termasuk semua akaun media sosialnya.
Saya izinkan isteri periksa media sosial saya. Sebab sebagai pelakon, kita berinteraksi dengan ramai orang, jadi biar dia tahu realiti sebenar.
Memang ada orang yang hantar mesej ‘kacau-kacau’, tapi biar dia tahu yang saya ni tak melayan.
Jangan bagi dia ruang untuk fikir bukan-bukan tentang kita. Bila tak ada benda yang kita sorok, isteri akan percaya kita.
Kita tak ada buat apa-apa salah, buat apa nak takut? Kalau kita takut maknanya kita ada buat salah.
Dalam pada itu, Ikmal turut menjelaskan bahawa pendekatan itu bukanlah sesuatu yang baharu baginya, malah ia sudah diamalkan sejak zaman bercinta lagi.
Untuk rekod, Ikmal dan Najla yang juga seorang pempengaruh media sosial telah mendirikan rumah tangga pada 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
The post Ikmal Amry Tak Berahsia, Izinkan Isteri Periksa Telefon & Media Sosial first appeared on OHBULAN!.





