25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iklan Raya SIRIM 2025: Budak Kucing & Teknologi, Penuh Kasih Sayang & Inovasi!

    Shopee Sale



    Tahun ni, SIRIM kembali dengan iklan raya yang menyentuh hati, bertajuk “Budak Kucing & Teknologi SIRIM” membawa mesej kasih sayang, empati, dan keprihatinan, bukan je untuk manusia, tapi juga untuk haiwan.

    Kisahnya tentang Adam, seorang kanak-kanak istimewa yang menemui seekor anak kucing jalanan bernama Debok dalam perjalanan pulang dari sekolah. Bila nampak Debok yang kelaparan dan kesunyian, Adam terus bawa balik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

    Yang menariknya, Adam dan Debok berkongsi cabaran yang sama sebagai individu kurang upaya, tapi itu tak menghalang Adam daripada melakukan sesuatu yang luar biasa!

    Dengan kemahiran dalam teknologi pencetakan 3D, Adam mencipta kerusi roda khas untuk Debok menggunakan teknologi Sistem Pembuatan Aditif (Additive Manufacturing) daripada SIRIM Smart Manufacturing Centre. Teknologi ni membolehkan mereka reka dan cetak pelbagai produk inovatif, termasuk prostetik kaki-pergelangan yang dipakai oleh Adam dalam iklan ni!2

    MENARIK:  ‘Saya Ada Keturunan Afrika, Saudara Semua Badan Besar’ – Asad Motawh

    Tapi yang paling best, iklan ni bukan sekadar tunjuk kecanggihan teknologi. Ia mengingatkan kita tentang nilai kasih sayang, kepedulian, dan keprihatinan, bukan je kepada manusia, tapi juga kepada haiwan yang memerlukan.

    Jom tengok sendiri iklan penuh ni dan rasai sendiri vibe penuh makna yang SIRIM bawakan. Selamat Hari Raya!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah