Penyanyi dan pempengaruh popular, Asad Motawh, baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas mendedahkan dirinya memiliki darah keturunan Libya, Afrika Utara.
Artikel Berkaitan: Umur Baru 21, Asad Motawh Dah Ada Dua Buah Banglo, Suite Peribadi & Kereta Mewah
Artikel Berkaitan: Polis Cari Pemilik Kereta Guna Lampu Strob Nak Lepas ‘Jammed’, Ada Asad Motawh Sekali
Saudara-mara berbadan besar
Menerusi satu perkongsian di TikTok, As’ad, atau nama sebenarnya Asad Ahmad Muhammad Motawh, 25, mendedahkan dia sepatutnya mewarisi fizikal bertubuh besar, tetapi saiz tubuhnya berbeza berbanding saudara-mara di kampung halamannya di Libya.
Menurutnya, dalam kalangan keluarganya, hanya bapanya memiliki tubuh lebih kecil, dipercayai dipengaruhi faktor pemakanan yang kurang dijaga.
Sebenarnya saya ada keturunan Afrika, sebab Libya sebahagian daripada Afrika juga.
Atuk dan saudara-mara saya semua berkulit gelap.
Di kampung sana, memang semua saudara saya tinggi dan berbadan bidang yang besar.
Sepatutnya, saya juga ada genetik itu juga.
Tapi ayah saya seorang sahaja yang agak pendek, mungkin sebab dia tidak jaga diet pemakanan.
Sumber makanan adalah bahan semula jadi

Berkongsi lebih lanjut, Asad berkata keluarganya di Libya mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang berbeza.
Pelantun lagu ‘Senyum’ turut menyifatkan amalan tersebut sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada fizikal sihat ahli keluarganya di Libya.
Cara keluarga saya di sana jaga diet pemakanan agak berbeza dengan kita di sini.
Semua jenis sumber makanan mereka di sana adalah daripada bahan semula jadi.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mereka tanam sendiri.
Susu juga mereka perah sendiri daripada lembu.
Disebabkan ini juga la semua orang di sana mempunyai kulit yang cantik.
Sumber: TikTok Motawh. Extended
The post ‘Saya Ada Keturunan Afrika, Saudara Semua Badan Besar’ – Asad Motawh first appeared on OHBULAN!.





