29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Tunggal Dicakap Berkhalwat Ketika Mengajak Anak Usia Empat & Enam Tahun

    Shopee Sale



    Foto: Harian Metro

    Seorang wanita dicekup berkhalwat dengan pasangannya oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah hotel pada awal pagi Khamis.

    Siap bawa dua anak bersama

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Harian Metro, wanita yang merupakan ibu tunggal itu turut membawa dua anaknya yang berusia empat dan enam tahun untuk menginap di hotel berkenaan.

    Menurut Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad, wanita berusia 41 tahun dicekup dengan pasangannya yang berusia 43 tahun sewaktu penguat kuasa melakukan operasi Op Kasih Sayang sempena Hari Kekasih.

    Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku dua kanak-kanak terbabit adalah anak kandungnya, manakala lelaki itu pula adalah teman lelakinya.

    Pasangan itu ‘terkantoi’ selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram ketika disoal siasat.

    Berikutan itu, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.

    Pasangan tersebut walau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas memberikan keterangan mereka kepada pihak berkuasa.

    MENARIK:  Analisis Kulit Percuma di Institut Kulit Terbesar Eucerin: Inovasi Sains Kulit Sunway Pyramid

    Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sekiranya didapati bersalah, setiap seorang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah