28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Mentua Nubhan Didakwa Mahu RM5 Juta Jika Nak Bercerai, Tuntut Harta 50 Peratus

    Shopee Sale

    Isu rumah tangga penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah menjadi bualan hangat apabila muncul beberapa dakwaan yang menjadi punca pergolakan.

    Artikel Berkaitan: Dr Fadzilah Kamsah Nasihat Pasangan Duduk Semeja Selesaikan Masalah, Isteri Nubhan Respon – ‘Tapi Dah Terlambat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya? – Isteri Persoal Tindakan Nubhan

    Isu rumah tangga

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, seorang pengguna berkongsi tangkap layar beberapa dakwaan yang menjadi punca pelantun lagu ‘Ada Untukmu’ tawar hati pada rumah tangganya.

    Dakwa seorang pengguna Threads, ibu mentua Nubhan menuntut RM5 Juta bagi pampasan jika nekad untuk menceraikan isterinya.

    Selain itu, Nubhan turut didakwa perlu membahagikan harta secara sama rata dengan 50 peratus milik Dr Afifah Hidayah.

    Pergi klinik seminggu sekali saja.

    Dapat gaji CEO. Nubhan bagi lagi dari syarikat sendiri, itu pun tak cukup.

    Suap anak makan pun tak mahu. Masak tak nak. Bapa mentua sesuka hati tukar sekolah anak tanpa pengetahuan ayah kandung.

    Nubhan dah makan hati. Itu lah dia bertindak sebegitu.

    Mak mentua Nubhan siap minta 5 juta kalau nak bercerai. Semua harta nak 50-50.

    Selain itu, penyanyi berusia 39 tahun tersebut turut meraih pujian dengan personalitinya yang tidak mengaibkan mana-mana pihak.

    Yang dapat kita lihat bagi pihak isteri seperti tak boleh berhenti.

    Bagi pihak Nubhan, tak bersuara.

    Nubhan jawab soalan pun tak mengaibkan isteri.

    Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    MENARIK:  Cadbury Bantu Kumpulan Home Bakers PPR Jana Pendapatan, Sumbang Kuih Raya Untuk Golongan Memerlukan!

    Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.

    Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.

    Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

    Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

    Sumber: Threads @_h4nyahamb4_

    The post Ibu Mentua Nubhan Didakwa Mahu RM5 Juta Jika Nak Bercerai, Tuntut Harta 50 Peratus first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah