32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    H&M Limited Edition S/S 2026 Tawar Helaian Eksklusif Sempena Hari Raya

    Shopee Sale

    Sekejap je dah nak masuk bulan puasa dan satu benda yang biasanya buat kita mula sibuk mestilah hal nak cari baju raya.

    Tahun ini, kalau korang cari gaya yang nampak effortless tapi masih ada faktor ‘wow’, apa kata singgah ke H&M sebab mereka ada koleksi Limited Edition S/S 2026!

    Diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi, koleksi edisi terhad ini menampilkan siluet yang flowy, kemas dan menyerlahkan keyakinan si pemakai. Ia menggabungkan sentuhan moden dengan rasa glamor yang sederhana, sesuai untuk suasana raya, menjanjikan keselesaan tanpa menjejaskan gaya.

    Ringkas, kemas & mudah digayakan

    Dalam koleksi ini, korang boleh temui pelbagai pilihan seperti dress, kaftan, blazer, seluar dan set padanan yang direka dengan permainan volume dan pergerakan. Perincian seperti soft draping, ruching, cape elements, statement sleeves dan simple gold trims menjadikan setiap helaian nampak lebih eksklusif.

    Palet warnanya pula tampil lembut dan elegan, dengan pilihan seperti beige, putih, ungu gelap, dusty pink, peony pink serta sentuhan emas.

    MENARIK:  Netizen Suruh Shuib Bincang Topik Tak Bayar Perkeso Dalam Podcast, Tuan Badan Respons ‘Idea Yang Menarik & Boleh Dipertimbangkan’

    Warna-warna ini bukan sahaja mudah dipadankan, malah sesuai untuk pelbagai gaya raya korang nanti, daripada yang minimal hingga ke yang lebih menyerlah.

    Selesa digayakan sepanjang syawal

    Dari segi fabrik, koleksi ini menggunakan material yang ringan dan selesa seperti woven dengan kilauan halus, jersey lembut, crinkle crepe serta campuran fabrik semula jadi.

    Menurut Ann Sofie Johansson, Penasihat Kreatif dan Ketua Rekaan Womenswear H&M, koleksi ini memberi fokus kepada teknik draping dan tailoring demu menghasilkan pergerakan yang lebih flowy, mudah dipakai dank kemas, menjadikan ia pilihan ideal untuk musim perayaan.

    Koleksi terhad – tersedia bermula 26 Februari

    H&M Limited Edition S/S 2026 akan mula ditawarkan di stor terpilih dan di hm.com bermula 26 Februari.

    Memandangkan ia adalah koleksi terhad, jadi korang kena lah cepat! Barulah dapat raya dengan penuh gaya tahun ni!

    The post H&M Limited Edition S/S 2026 Tawar Helaian Eksklusif Sempena Hari Raya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah