26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hilangkan Keresahan dengan Berdoa Kepada Allah’ – Nasihat Ibu Aliff Aziz

    Shopee Sale



    Aliff Aziz

    Perkongsian di Instagram Story (IG Story) milik ibu kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Hafiza Basharahil mencuri perhatian selepas dia memuat naik pesanan berbentuk luahan hati.

    Jangan putus asa

    Aliff Aziz

    Menerusi perkongsian tersebut, Hafiza berpesan agar tidak sesekali berputus asa sekiranya diuji dengan masalah dan mengingatkan bahawa Allah sentiasa bersama hamba-Nya.

    Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila hidup susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.

    Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya.

    Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Hafiza berkata doa merupakan penawar terbaik sekiranya seseorang itu berdepan dengan masalah.

    Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.

    Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya.

    MENARIK:  Setiap Manusia Memiliki Ujian Yang Berbeza, Kesilapan Pasti Berlaku

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah