28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Henti Hantar Gambar & Bukti Video Fad Dengan Perempuan Itu’ – Pempengaruh Nurin Lofa

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Nurin Lofa memohon orang ramai agar menghentikan tindakan menghantar gambar suaminya, Fadrul bersama wanita lain kepadanya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Dedah Bukti Dicurangi, Suami Mohon Jaga Air Muka Demi Anak

    Artikel Berkaitan: Zeera Azizi Dakwa Dicurangi – ‘7 Tahun & Dia Sendiri Mengaku’

    Nak hidup tenang bersama anak

    Menerusi satu hantaran di Threads, Nurin menegaskan tindakan tersebut memberi kesan emosi yang sangat mendalam kepadanya.

    Tambah pempengaruh berusia 21 tahun itu, setiap kiriman yang diterima membuatkannya berasa semakin lemah kerana dia tidak sekuat seperti yang disangka ramai.

    Stop hantar gambar dan bukti video Fad dengan perempuan itu.

    Dada aku rasa nak pecah, lutut aku lembik, tangan aku menggigil.

    Aku bukan kuat macam yang orang sangka.

    Selain itu, Nurin menyatakan bahawa dia kini berusaha menjalani kehidupan yang lebih tenang bersama anaknya.

    MENARIK:  ‘Setiap Percakapan Main Peranan, Jadi Cakaplah Yang Baik’

    Dalam pada itu, dia turut memohon agar diberikan ruang untuk memberi tumpuan membina semula hidup melalui kerjaya sebagai ‘affiliate’, di samping menjalani proses penyembuhan secara berperingkat tanpa tekanan berterusan.

    Aku dah cuba hidup tenang dengan anak aku.

    Tolong, biar aku fokus buat affiliate dan sembuh perlahan-lahan. 

    Sekadar info, Nurin mendirikan rumah tangganya bersama suami pada tahun 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada September 2024.

    Sumber: Threads Nurin Lofa

    The post ‘Henti Hantar Gambar & Bukti Video Fad Dengan Perempuan Itu’ – Pempengaruh Nurin Lofa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah