Selain termeterai sebuah ikatan pertunangan di antara ahli politik Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah, hantaran pasangan ini juga turut menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kongsi Video Dengan Keluarga, Netizen Tanya – ‘Itu Hantaran Ke? Get Ready Seminggu Lepas Raya’
Simpanan kewangan

Dalam majlis yang berlangsung di ibu kota itu, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh aktres tersebut.
Namun, yang menarik perhatian adalah hantaran yang diberikan oleh pihak Ahli Parlimen Muar tersebut yang berbentuk simpanan kewangan, iaitu simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji untuk Bella serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) diberikan kepada dua anak aktres itu.
Pihak Bella pula memberi hantaran berupa set pakaian, minyak wangi, makanan kucing dan beberapa barangan lain.
Dalam masa sama, wanita berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu turut menerima cincin yang disarungkan oleh ibu Saddiq sebagai tanda pertunangan mereka.
Majlis penuh berkat itu dilihat turut dihadiri oleh kaum keluarga serta rakan seindustri, antaranya Nur Fazura, Que Haidar, Nora Danish, Ben Ali dan Ellie Suriaty.
Terdahulu, Saddiq dan Bella telah selamat mengikat tali pertunangan di dalam sebuah majlis indah yang berlangsung pada petang Sabtu.
Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Saddiq turut berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.
Untuk info, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Astro Gempak
The post Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak first appeared on OHBULAN!.





