33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haneesya Hanee Dedah Kisah Sebenar Isu Video Kelab Malam? – ‘Tengok Nanti Berapa Ramai Tergigit Lidah Sendiri’ 

    Shopee Sale

    Enggan lagi berahsia, pelakon dan model, Haneesya Hanee bakal mendedahkan perkara sebenar berhubung isu video di kelab malam yang kembali tular baru-baru ini, meskipun kejadian tersebut berlaku lapan tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haneesya Hanee Tempelak Netizen, Kesal Isu Kelab Malam Kembali Diungkit – ‘Saya Tidak Pernah Sebut Nama Sesiapa’

    Tidak lagi berselindung

    Haneesya atau nama penuhnya, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, berkata, dia akhirnya memilih untuk bersuara kerana masih ramai yang membuat spekulasi tidak benar mengenai isu berkenaan.

    Tak mengapa, biar saya duduk dan nikmati sahaja perjalanan ini. Saya dah cuba bercakap jujur, tapi tak ada siapa yang mahu dengar atau percaya kata-kata dari mulut seorang pendosa.

    Saya sudah buat satu temu bual dan dalam temu bual itu, saya luahkan segalanya tanpa tapis, tanpa selindung. Bila temu bual itu disiarkan nanti, itulah kali terakhir saya akan bercakap tentang isu ini.

    Haneesya berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di platform TikTok.

    MENARIK:  Rancak Balas Komen Netizen ‘Kecek’ Kelantan, Jefri Nichol Mohon Maaf – ‘Saya Tak Nak Sakitkan Hati Sesiapa’

    Dalam pada itu, Haneesya menegaskan dia tidak ambil peduli jika ada segelintir pihak yang mengecam tindakannya kerana percaya dirinya juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

    Saya sekarang dah dewasa. Kalau ada yang masih nak marah dengan diri saya yang berumur 18 tahun dulu, silakan, teruskan marah. Tapi saya bukan 18 tahun lagi.

    Lapan tahun hidup dalam rasa bersalah. Lapan tahun rasa seperti terpaksa merayu agar semua orang maafkan saya. Lapan tahun bergelut dengan kesihatan mental sendiri.

    Jadi, selepas video temu bual itu keluar, saya nak tengok, pada hari itu nanti, berapa ramai yang akan tergigit lidah sendiri.

    Terdahulu, Haneesya meluahkan rasa tidak puas hati apabila video lama di kelab malam sewaktu menyertai sebuah pertandingan mencari bakat dibangkitkan semula sekali gus dia menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen.

    Sumber: TikTok

    The post Haneesya Hanee Dedah Kisah Sebenar Isu Video Kelab Malam? – ‘Tengok Nanti Berapa Ramai Tergigit Lidah Sendiri’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah