31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haliza Maysuri Sarung Busana RM185,000 Bukan Untuk Bermegah, Hargai Karya Pereka – ‘Apa Pendapat Anda?’

    Shopee Sale

    Usahawan, Haliza Maysuri menjelaskan busana bernilai RM185,000 yang digayakannya pada majlis ulang tahun jenama tudung miliknya bukanlah bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk kemewahan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Rebah Ketika Majlis Sambutan Ramadan – ‘Biarkan Allah Hukum & Balas Orang Yang Zalim Terhadap Kita’

    Hargai karya seni

    Menerusi hantaran di TikTok, Haliza memberitahu busana berona emas yang disarungkannya itu merupakan sebuah karya seni eksklusif yang dihasilkan khas oleh RI Couture.

    RM185,000 untuk sebuah karya seni, apa pendapat anda? Saya pakai busana khas rekaan RI Couture, dihiasi dengan kristal Swarovski sempena malam gala ulang tahun ke-27 Bawal Exclusive.

    Nilai busana ini RM185,000. Bukan untuk bermegah, tetapi untuk menghargai seni, ketelitian dan hasil kerja tangan yang luar biasa.

    Menurut Haliza lagi, pemilihan busana tersebut juga selari dengan komitmennya dalam menyokong industri fesyen tempatan serta menghargai kreativiti dan kepakaran pereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Amirah & View Chin Mesra Berbuka Puasa Di Rumah Ibu, Netizen Mohon Hentikan Kecaman – ‘Harap Terjawablah Status Mereka’

    Tambahnya, sebagai rakan rasmi dan pembekal Swarovski, dia berasa bangga dapat bekerjasama dan menyokong para pereka fesyen serta individu yang berusaha menghasilkan karya berkualiti tinggi.

    Saya rakan rasmi dan pembekal Swarovski. Saya sangat gembira dapat menyokong para pereka fesyen dan sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan karya terbaik mereka.

    Terdahulu, majlis gala ulang tahun ke-27 Bawal Exclusive berlangsung penuh gemilang dan turut dihadiri rakan niaga, selebriti serta tokoh industri fesyen.

    Sumber: TikTok

    The post Haliza Maysuri Sarung Busana RM185,000 Bukan Untuk Bermegah, Hargai Karya Pereka – ‘Apa Pendapat Anda?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah