31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Suip Tolak Tawaran GV Fantasia Demi Isteri Hamil – ‘Tak Berani Beri Komitmen Separuh Jalan’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Hafiz Suip mendedahkan bahawa dirinya bukan peserta program Gegar Vaganza (GV) Fantasia yang sedang berlangsung ketika ini.

    Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Berat Hati Mahu Sertai Pertandingan Nyanyian Selepas Kehilangan Ibu – ‘Semangat Saya Sudah Hilang’

    Artikel Berkaitan: ‘Dengan Ilmu Yang Ada, Saya Ajar & Tanya Dengan Kawan-Kawan… Ada Benda Kena Rujuk Ustaz’ – Hafiz Suip

    Isteri sarat mengandung

    Ketika ditemui , Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 34, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat kerana dia tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pertandingan tersebut.

    Menurutnya, dia juga mahu memberikan perhatian kepada isterinya, Fiona Saffiyya yang kini sedang sarat hamil.

    Apa yang saya boleh katakan, amat menghampakan peminat di luar sana apabila saya tidak menyertai GV Fantasia. Salah satu sebabnya, saya tak berani nak beri komitmen separuh jalan.

    Sekarang ini isteri sedang sarat mengandung. Saya pula, kalau bekerja memang akan sentiasa berikan 100 peratus.

    Jadi, saya bimbang situasi sekarang akan mengganggu fokus saya kalau sertai pertandingan tersebut.

    Hafiz berkata demikan ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Akui itu turut menjelaskan faktor jarak menjadi sebab dia terpaksa melepaskan peluang untuk beraksi di pentas GV Fantasia.

    Alhamdulillah saya memang dapat tawaran tetapi saya minta maaf. Bukan menolak rezeki, malah kawan-kawan pun ada tanya kenapa tak sertai.

    Masalahnya timbul dari segi sesi latihan. Nanti orang lain praktis, saya pula di Kuching dan perkara itu akhirnya jadi kekangan besar untuk diri saya.

    Berkongsi perkembangan terkini, Hafiz memaklumkan isterinya kini sudah memasuki usia kandungan tujuh bulan dan bakal menimang cahaya mata lelaki.

    MENARIK:  ‘Filem Di Negara Kita Semakin Hari Ada Penambahbaikan’ – Fattah Amin

    Tambahnya, Hafiz turut menjelaskan keputusan untuk terus menetap di Kuching, Sarawak adalah kerana ingin menemani bapanya yang tinggal bersendirian.

    Sekarang alhamdulillah, usia kandungan isteri saya dah masuk tujuh bulan. Jantina adalah lelaki.

    Lelaki lagi tetapi apa-apa pun yang paling penting anak dalam kandungan sihat dan segalanya berjalan dengan lancar, itu sahaja.

    Satu lagi sebab adalah ayah saya. Dia sihat cuma tinggal seorang diri. Saya pernah bawa dia ke Kuala Lumpur, tetapi dia lebih selesa di sana kerana banyak memori.

    Bagaimanapun alhamdulillah, keadaan ayah sekarang semakin baik dan dia menyibukkan diri bersama adik-beradik serta ibunya yang masih ada.

    Sekadar info, Hafiz turut bersaing dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular bagi ABPBH edisi ke-38 bersama beberapa nama lain seperti Amir Masdi, Hael Husaini, Faizal Tahir, Hazama dan ramai lagi.

    Proses undian akan berlangsung dari 16 November hingga 6 Disember 2026 menerusi laman rasmi ABPBH, manakala acara kemuncak dijadualkan pada 12 Disember 2026.

    The post Hafiz Suip Tolak Tawaran GV Fantasia Demi Isteri Hamil – ‘Tak Berani Beri Komitmen Separuh Jalan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah