29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hael Husaini Terkejut Raja Charles III Faham Maksud Lagu ‘Anta Permana’, Yakin Karya Malaysia Boleh Diangkat Di Mata Dunia

    Shopee Sale



    Hael Husaini

    Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengakui terkejut apabila lagu ciptaannya berjudul Anta Permana menjadi pilihan Raja Britain, Raja Charles III.

    Faham maksud lagu

    Hael Husaini

    Hael atau nama asalnya Hal Husaini Razmi, 37, berkata, meskipun Raja Charles III tidak memahami maksud lagu tersebut, namun percaya dia jatuh cinta selepas liriknya diterjemahkan.

    Saya terkejut tetapi saya sendiri kadang-kadang banyak dengar lagu-lagu dari pelbagai bahasa. Konsepnya sama sahaja.

    Bila orang luar dengar dan berminat dengan sesuatu karya pasti mereka juga akan mencari maksud di sebalik lirik.

    Mungkin Raja Charles III minat dengan lirik lagu itu yang membawa maksud cinta tiada penghujungnya.

    Hael berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan tayangan perdana Raya Astro 2025, yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Utama, baru-baru ini.

    Karya Malaysia

    Hael Husaini

    Berkongsi lanjut, Hael turut menceritakan momen ketika menerima berita gembira tersebut dan yakin karya Malaysia mampu diangkat di mata dunia.

    Terkejut apabila dapat tahu berita apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tagged saya dalam Instagram, sampai macam ini impaknya.

    Ini boleh jadi titik permulaan di mana lagu Malaysia jangan dipandang enteng. Sebenarnya kita ada peluang memperbesarkan karya kita di persada dunia.

    Saya percaya tetapi nak kesahihan terpaksa buka Apple Music sebab nak rasa penangan. Bila dia sebut nama Siti, Ya Allah bangganya sebagai rakyat Malaysia.

    Sebenarnya yang sebaris penyanyi antarabangsa ialah Siti. Kami di belakang hanya sebagai pendukung. Lagu itu sendiri rasa hasil kerjasama kami. Tanpa Siti kami tidak sampai ke tahap situ.

    Sebelum ini, Apple Music melancarkan program The King’s Music Room, yang menghimpunkan karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.

    MENARIK:  Dua Daripada Tiga Lelaki Berisiko Alami Mati Pucuk – ‘Tidak Perlu Malu’

    Nama Siti Nurhaliza turut disenaraikan bersama penyanyi antarabangsa seperti Bob Marley, Diana Ross, Beyoncé serta Michael Bublé.

    Anta Permana yang dilancarkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.

    Rakaman The King’s Music Room berlangsung di Istana Buckingham, memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi Raja Charles III.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah