25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guru Kejam Cucuk 36 Pelajar dengan Pin Keselamatan

    Shopee Sale



    Seorang guru di sekolah Wat Dan Samrong, Thailand telah menghukum 36 pelajar berusia 7 hingga 8 tahun dengan mencucuk bibir mereka menggunakan pin keselamatan yang sama.

    Terpijak gula-gula getah

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi laporan Bangkok Post, guru yang berusia 27 tahun itu terpijak gula-gula getah, namun tiada seorang pun daripada mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut.

    Disebabkan berang dengan tindakan murid-muridnya, suspek meminta bantuan daripada rakan sekerjanya yang berusia 50 tahun.

    Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar sekolah tersebut tidak berpuas hati setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, malah mereka bimbang kemungkinan berlaku jangkitan akibat perbuatan tidak bersih itu.

    Salah seorang ibu bapa pelajar tersebut telah memfailkan aduan kepada polis tempatan terhadap dua guru itu manakala, ibu bapa lain juga menuntut pihak sekolah bertanggungjawab.

    MENARIK:  Saal Haerid Dinobat Pempengaruh Media Sosial Terbaik Asia 2024, Dapat Wang Tunai AS$10,000 & Percutian Ke Dubai

    Disebabkan itu, pengarah sekolah segera menggantung tugas kedua-dua guru selepas mereka mengaku bersalah.

    Guru yang berusia 50 tahun itu telah membuat permohonan maaf dan mendakwa bahawa niatnya adalah untuk menanam tanggungjawab dalam diri pelajar.

    Semasa siasatan dijalankan, polis akan mendakwa kedua-dua guru itu berikutan soal siasat menyeluruh terhadap semua pelajar yang terlibat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah