31.3 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Golongan Muda Kelantan Ramai Berbakat, Wan Ajaib Ajak Ceburi Bidang Penyiaran

    Shopee Sale



    Wan Ajaib

    Mahu memupuk minat golongan anak muda terhadap dunia penyiaran, personaliti radio berpengalaman iaitu Wan Syahrul Amry mengambil insiatif dengan menubuhkan dua kelab baharu.

    Pupuk minat dunia penyiaran

    Wan Ajaib

    Dua kelab di bawah naungan Wan Syahrul Amry atau lebih dikenali sebagai Wan Ajaib itu adalah Kelab Pencinta Radio Kelantan dan Akademi Wan Ajaib.

    Dengan pengalaman hampir dua dekad dalam industri radio Malaysia, termasuk di stesen IKIM, Suria FM dan Zayan, Wan Ajaib kini memilih untuk ‘pulang berbakti’ ke tanah kelahirannya di Kelantan.

    Kelab dan akademi ini ditubuhkan sebagai platform untuk melahirkan bakat baharu dalam bidang radio, podcasting dan media digital di negeri tersebut.

    Menurut Wan Ajaib, matlamat utamanya adalah ingin ‘mencipta peluang, bukan hanya hiburan’ kepada generasi muda Kelantan mengenali potensi diri dan menjadikan minat terhadap radio sebagai kerjaya.

    Kelantan sebenarnya penuh bakat. Kita cuma perlu bagi platform dan pendedahan. Akademi ni bukan sekadar mengajar, tapi juga membina jati diri dan keyakinan untuk bersuara – dari konti ke komuniti.

    Fungsi Kelab & Akademi

    Wan Ajaib

    Kelab Pencinta Radio Kelantan akan menjadi ruang komuniti terbuka untuk peminat penyiaran termasuk daripada peminat muzik, pengacara amatur, peminat nostalgia radio klasik, hinggalah ke generasi baru TikTok dan podcast.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mesej’ Hana Ismail Buat Mangsa Rogol Kembali Tular – ‘Kita Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri’

    Aktiviti seperti sesi konti terbuka, bengkel teknik suara, dan sembang santai bersama figura radio akan dianjurkan secara berkala.

    Manakala Akademi Wan Ajaib pula akan berfungsi sebagai pusat latihan dan bimbingan khusus dalam bidang penyiaran dengan modul merangkumi asas penyiaran radio dan podcast dan penulisan skrip kreatif.

    Selain itu, Akademi Wan Ajaib turut berfungsi sebagai  pusat pengurusan kandungan media sosial, teknik rakaman dan suntingan audio serta etika penyiaran Islamik dan tanggungjawab sosial digital.

    Penubuhan ini juga dilihat seiring dengan projek CSR jangka panjang Radio Komuniti Wan Ajaib.com, yang sedang dirancang untuk beroperasi sebagai radio digital komuniti pertama di Kelantan.

    Untuk maklumat lanjut, pendaftaran program, atau kerjasama strategik, sila layari www.wanajaib.com atau ikuti di Instagram dan TikTok @wanajaib.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah