Pernah tak korang tengah makan ais krim sejuk atau minum air panas, tiba-tiba gigi rasa macam ‘tersentap’? Fuh, ngilu dia boleh buat satu badan meremang! Tapi selalunya kita buat tak tahu je kan, sebab ingat sakit tu kejap je.
Hakikatnya, gigi sensitif bukan masalah sementara. Bila dibiarkan tanpa rawatan, keadaan boleh jadi lebih teruk dan mula ganggu rutin harian, dari makan makanan kegemaran sampai nak senyum pun boleh hilang mood.
Lindungi Gigi Daripada Rasa Ngilu Dengan Sensodyne

Di sinilah Sensodyne Fresh Mint tampil sebagai penyelamat! Dirumus khas oleh pakar penjagaan oral, Sensodyne memberikan perlindungan 24/7 terhadap sensitiviti gigi, sambil kekalkan rasa mulut yang segar berpanjangan.
Berbeza dengan ubat gigi biasa, Sensodyne direka khusus untuk menangani punca sebenar sensitiviti gigi — bukan sekadar hilangkan rasa ngilu buat sementara waktu. Ia bantu melindungi lapisan dalam gigi daripada tidak selesa, supaya korang boleh nikmati makanan panas, sejuk, manis atau masam tanpa risau lagi.
Rawat Awal Sebelum Terlambat
Ramai anggap ngilu tu perkara kecil, tapi bila dah melarat barulah sedar betapa pentingnya penjagaan gigi yang betul. Sensitiviti gigi ni takkan hilang dengan sendiri tau, malah boleh jadi lebih teruk kalau tak dirawat segera.
Jadi kalau korang masih fikir ubat gigi biasa pun dah cukup, mungkin dah sampai masa untuk tukar. Penjagaan gigi sensitif perlukan ubat gigi khas dengan formula pakar yang mampu lindungi dan tenangkan gigi sepanjang hari.
Dengan inovasi dan kepercayaan ramai pengguna, Sensodyne kekal sebagai pilihan utama untuk mereka yang nak bebas ngilu dan kekal yakin setiap hari.
Segar, Yakin & Bebas Ngilu — Semua Dalam Tiub Sensodyne Fresh Mint!
Dengan rasa mint yang menyegarkan dan perlindungan sensitiviti sepanjang hari, Sensodyne Fresh Mint bantu korang kekal selesa dan yakin setiap kali makan, minum, atau senyum. Hidup ni lebih best bila tak perlu risau rasa ngilu, kan?

Haa.. Jangan tunggu sampai ngilu datang baru nak bertindak, mulakan rutin penjagaan dengan Sensodyne hari ni juga! #mestirelief #mestiSensodyne
Dapatkan Sensodyne Fresh Mint di farmasi berhampiran, pasar raya utama, atau secara atas talian di mana-mana platform kegemaran korang.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau nak tahu promosi terkini, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI atau ikuti Instagram rasmi mereka di SINI.
The post Gigi Ngilu Bukan Hal Remeh — Sensodyne Fresh Mint Sedia Lindungi 24/7! first appeared on OHBULAN!.





