28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Gembira Tengok Sheila Majid, Zur Eda & Zaiton Sameon Lepak Sini’

    Shopee Sale

    Usahawan, Dahlia Aliruddin meluahkan rasa gembira dan terharu apabila restoran miliknya, IDahlia sering menjadi pilihan sebagai lokasi lepak santai dalam kalangan selebriti termasuk artis veteran.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tiada Rumah, Harta, Anak, Ibu Bapa’ – Zaiton Sameon Syukur JKM Dengar Luahan Hati

    Port lepak artis

    Menurut Dahlia, suasana tenang dan konsep mesra pelanggan yang diterapkan di restorannya menjadikan IDahlia bukan sekadar tempat menjamu selera, malah ruang berkumpul dan berinteraksi secara santai buat rakan-rakan artis.

    Saya memang gembira bila tengok artis-artis, terutamanya artis veteran, selesa datang lepak dan makan di sini. Suasana sini santai, jadi mereka rasa bebas untuk datang tanpa tekanan.

    Antara artis yang pernah datang dan kerap datang ialah Rahmat Mega, Sheila Majid, Datin Intan Najwa, Zur Eda, Zaiton Sameon serta kumpulan muzik Max Five yang kerap menjadikan restoran itu sebagai lokasi pertemuan.

    Tidak hanya itu, Dahlia turut membuka ruang dan peluang kepada artis veteran yang mahu membuat persembahan atau sekadar mencari suasana santai untuk berkongsi cerita.

    Saya bantu setakat yang mampu. Kadang-kadang mereka datang buat persembahan, kadang-kadang sekadar lepak dan makan. Saya gembira dapat bantu sikit-sikit.

    Di sebalik populariti IDahlia, Dahlia mendedahkan perniagaannya bermula secara kecil-kecilan kira-kira 10 tahun lalu apabila menyewa dua lot food court dan menjual sup tulang resipi Johor, nasi lemak serta ayam goreng berempah.

    Sambutan memang menggalakkan sebab kawasan ni banyak pejabat. Sup tulang akak cepat dihidang dan rasanya sedap, jadi ramai pelanggan suka. Dulu sewa dua lot je, sekarang semakin besar.

    Kongsi rezeki Ramadan

    Mengimbau perjalanan hidupnya, Dahlia mengakui tidak pernah menyangka perniagaannya mampu bertahan selama sedekad. Sebagai ibu tunggal, dia mengusahakan restoran itu demi membesarkan anak-anak.

    MENARIK:  Seniwati Maria Menado Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun Akibat Sakit Tua

    Ujian paling besar datang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila simpanan terpaksa digunakan sepenuhnya bagi menampung kos operasi dan bayaran sewa walaupun kedai ditutup.

    Selepas PKP, Dahlia mula memperkenalkan Buffet Ramadan bermula tahun 2022 dengan konsep dulang warisan dan masakan kampung, sesuatu yang jarang ditawarkan di tengah bandar.

    Dengan harga RM70, Dahlia menegaskan niatnya bukan semata-mata mengejar keuntungan, sebaliknya mahu bersedekah dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan.

    Insya-Allah berbaloi. Konsep RM70 ini bukan semata-mata nak untung besar. Kita niat bersedekah di bulan Ramadan, sambil beramal dan dapat sedikit keuntungan. Asalkan tak rugi, itu sudah memadai.

    Satu set dulang RM70 itu boleh makan untuk dua hingga tiga orang atau mungkin lebih. Lauk pauk semua berkonsepkan ala-ala makanan kampung. Di tengah-tengah KL susah untuk cari makanan kampung sekarang, jadi saya pilih untuk perkenalkan.

    Sepanjang Ramadan juga, Zur Eda bersama Bertiga Band akan menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di restoran IDahlia.

    The post ‘Gembira Tengok Sheila Majid, Zur Eda & Zaiton Sameon Lepak Sini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah