31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Meminta Maaf Kerana Memakai Baju Seksi Yang Mendedahkan Paha – ‘Saya Akan Berubah’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon maaf susulan tular sepotong video di TikTok memperlihatkan dia mengenakan pakaian seksi sehingga mendedahkan sebahagian pahanyaya.

    Hanya manusia biasa

    Ketika ditemui Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mengakui pakaian tersebut kurang sesuai untuk digayakan selain akan berhati-hati pada masa akan datang.

    Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.

    Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja. Saya tidak akan buat lagi.

    Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Rabu.

    Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu terbuka menerima setiapa kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya.

    Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir,saya rasakan mungkin kurang sesuai.

    Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa.

    Terdahulu, tular video di Tiktok memaparkan Bella memakai dres berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan bahagian pahanya.

    MENARIK:  Ajai Mengakui Bahawa Kemungkinan Kerjasama Duet Dengan Nourul Agak Sukar - 'Saya Tidak Ada Masalah Dengan Dia, Tetapi Duet Memerlukan 'Chemistry' Bersama'

    Rentetan daripada itu, pakaian yang dipakai oleh Bella itu menerima kecaman kerana dikatakan mencolok mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah